Beyonce Knowles Kerja Keras Untuk Langsing - Berita Hiburan | mStar

Beyonce Knowles Kerja Keras Untuk Langsing

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beyonce Knowles
Beyonce Knowles

PENYANYI Beyonce Knowles mengakui 'bekerja keras' untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing selepas melahirkan anak sulung, Blue Ivy Carter pada Januari 2012.

Beyonce berkata, selepas usahanya itu berhasil, dia terus merancang untuk menghasilkan klip video yang seksi bersempena dengan kemunculan album baharunya, Beyonce.

"Saya begitu peka dengan penjagaan badan. Sebelum ini berat badan saya naik sehingga 88.5 kilogram (kg) sejak melahirkan Blue.

"Kemudian saya berusaha keras melakukan pelbagai aktiviti senaman selain penjagaan makanan sehinggalah saya berjaya membuang 30 kg. Saya berusaha keras untuk dapatkan bentuk badan yang asal dan mahu tunjukkan pada semua," katanya kepada portal Contactmusic.

Tambah Beyonce, dia ingin membuktikan serta memberi inspirasi bahawa wanita yang memiliki anak juga boleh tampil dengan tubuh badan yang langsing dan seksi.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan