'Aiman Hakim Seorang Lelaki Setia' - Nur Fathia - Berita Hiburan | mStar

'Aiman Hakim Seorang Lelaki Setia' - Nur Fathia

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fathia Latiff
Fathia Latiff

PETALING JAYA: Pelakon Fathia mengakui aktor Aiman Hakim yang dikaitkan sebagai kekasihnya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman untuk dijadikan sebagai seorang suami.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, yang masih tidak mengesahkan status perhubungan mereka itu berkata, Aiman seorang yang cukup sempurna selain menyifatkan aktor itu juga setia.

"Apa yang saya nampak, dia seorang lelaki yang boleh dipercayai serta bersikap matang. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya selain seorang yang romantik," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Fathia, buat masa ini, dia mahu orang ramai melihat mereka sebagai teman rapat tanpa menganggap mereka sebagai pasangan kekasih.

Kata pelakon drama Ariana Rose itu lagi, dia hanya akan membuat kenyataan mengenai status perhubungan dengan seseorang apabila tiba masanya ataupun ketika mahu mendirikan rumah tangga kelak.

"Saya rasa selesa dengan cara itu. Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan cinta saya yang lepas.

"Pada masa sama, orang akan lebih tertumpu mengenai berita-berita kerja lakonan saya sahaja," ujarnya.

Sementara itu, lakonan Fathia dalam drama Ariana Rose telah menemui penonton di TV3 bermula 30 Disember lalu iaitu setiap Isnin hingga Khamis bermula pukul 7 malam.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan