Faralyna Sudah Temui Pengganti Hairul Azreen

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faralyna Idris
Faralyna Idris

PETALING JAYA: Pelakon Faralyna Idris mengakui sudah pun menemui kekasih baharu selepas putus cinta dengan aktor Hairul Azreen pada Februari 2013.

Faralyna, 24, berkata, dia sudah pun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu sejak lapan bulan lalu, namun enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki itu kerana berasa perhubungan mereka masih baharu.

"Apa yang saya boleh katakan, kekasih saya itu bukanlah daripada kalangan golongan yang terlibat dengan industri hiburan tempatan.

"Hubungan kami baru tujuh bulan dan rasanya masih lagi terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum," katanya.

Tambah Faralyna, dia juga enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu kerana risau jika perhubungan cinta itu tidak menjadi seperti pengalamannya bersama Hairul sebelum ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Dan Calonnya Adalah.. itu berkata, dia juga gembira kerana bertemu dengan seorang lelaki yang bukan daripada kalangan orang industri hiburan kerana sejak berpisah dengan Hairul, dia mahu mengelak bercinta dengan selebriti.

"Rasanya, nak kata serik bercinta dengan artis, tak juga. Cuma saya mengharapkan agar tidak jatuh cinta dengan lelaki yang bergelar selebriti.

"Ini dapat memudahkan saya memberi tumpuan dalam kerja lakonan, manakala pasangan saya pula fokus dengan kerjayanya sendiri," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan