Anding Tolak Aksi Ranjang Demi Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anding tidak akan menerima sebarang tawaran yang membabitkan lakonan aksi ranjang.
Anding tidak akan menerima sebarang tawaran yang membabitkan lakonan aksi ranjang.

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Anding tidak akan menerima mana-mana tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi memerlukan dia melakukan aksi ranjang.

Anding atau nama sebenarnya Anding Indrawani Zaini, 30, berkata, dia sanggup menolak watak sedemikian walaupun diberi ganjaran lumayan demi menjaga hati keluarganya.

"Sebelum ini saya pernah menerima tawaran untuk berlakon filem. Memang saya tahu, berlakon filem dapat menguatkan profil sebagai seorang pelakon, tetapi apabila diminta berlakon aksi ranjang untuk beberapa babak, saya terus tolak.

"Saya tahu watak sebegitu boleh mencetuskan kontroversi dan apatah lagi apabila mak dan ayah saya tonton aksi saya dalam filem tersebut, mereka pasti akan terkejut," katanya.

Tambah Anding, walaupun sebagai seorang lelaki, kesan daripada lakonan aksi seperti itu tidaklah terlalu besar berbanding jika ia dilakonkan oleh pelakon wanita, namun baginya, sudah menjadi prinsip untuk dia tidak mengambil tawaran lakonan yang boleh mencetuskan kontroversi.

Sementara itu, Anding memberitahu, dia bersyukur apabila pihak penerbit mula memberinya peluang berlakon drama sehingga memaksanya untuk berhenti daripada menjadi jurulatih peribadi dalam penjagaan badan dan kesihatan.

Katanya, walaupun drama yang dilakonkannya tidak popular, namun ia dianggap sebagai satu petanda baik memandangkan sebelum ini Anding kurang diberi tawaran berlakon.

"Sekarang ini saya banyak berlakon dalam drama-drama untuk siaran RTM (Radio Televisyen Malaysia). Mungkin ramai yang tidak sedar, tetapi bagi saya, ia sudah cukup baik.

"Malah saya juga sibuk mengendalikan program pengembaraan iaitu Klik Klik di TV1. Saya harap, ia adalah satu perkembangan positif untuk mengekalkan momentum kerja lakonan saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, lakonan Anding dapat disaksikan menerusi drama Dan Calonnya Adalah.. setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 12 tengah hari di laman web www.tonton.com.my/dancalonnya bermula 12 Disember 2013.

Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Ikhwan, Faralyna Idris, Shazliana, Maria Tunku Sabri dan Dafi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan