14 Perkara Menarik Sepanjang 2014

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Star2 telah memilih 14 perkara yang perlu diberikan perhatian dalam dunia hiburan sepanjang tahun ini.

1. Bullets Over Petaling Street

Sebuah filem berkisarkan mengenai kegiatan kongsi gelap di Petaling Street di Kuala Lumpur yang sedang mencari ketua baharu.

Kejadian bertambah huru-hara apabila seorang pelakon filem secara tidak sengaja terlibat dalam kumpulan itu sehingga menyebabkan dia dipilih sebagai ketua kumpulan tersebut.

Filem yang dibintangi oleh Debbie Goh, Chen Han Wei, Irene Ang, Jeffrey Cheng dan KK Wong itu bakal berada di pawagam pada 13 Februari depan.

2. X-Men: Days of Future Past

Seperti rangkaian filem-filem X-Men sebelum ini, Days of Future Past antara menjadi perhatian pada 2014 yang menyaksikan Charles Xavier (James McAvoy), Hank McCoy (Nicholas Hoult) dan Wolverine (Hugh Jackman) menuju ke masa hadapan untuk menyelamatkan dunia.

3. Divergent

Selepas kejayaan filem Hunger Games di seluruh dunia, sebuah lagi karya yang diadaptasi daripada sebuah novel berjudul Divergent dijangka akan mencipta fenomena dikalangan penggemar filem yang berunsurkan fiksyen.

Berdasarkan kisah Veronica Roth yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang layak untuk memasuki sesuatu kumpulan dalam sebuah komuniti apabila mereka berumur 16 tahun.

Dilakonkan oleh Shailene Woodley, filem ini bakal berada di pasaran pada 20 Mac 2014.

4. Godzilla

Berdasarkan trailer yang dilancarkan baru-baru ini, filem Godzilla yang sudah agak lama menjalani penggambaran telah pun bersedia untuk menghantui penonton dengan jalan cerita menarik lakonan Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, Bryan Cranston and Ken Watanabe.

Ramai berharap pengarah, Gareth Edwards melakukan pembaharuan pada watak gergasi itu yang pernah beberapa kali difilemkan sebelum ini.

Ia bakal ditayangkan pada 15 Mei 2014.

5. The Originals

Nampaknya ketagihan penonton terhadap drama bersiri bertemakan seram masih belum berakhir apabila Warner TV yang juga penerbit The Vampire Diaries bakal muncul dengan sebuah lagi siri berjudul The Originals.

Menampilkan puntianak sebagai watak utama, sekumpulan anak remaja bertekad untuk menghancurkan makhluk tersebut yang menghantui kawasan kejiranan mereka.

Sebuah siri yang patut diberikan perhatian!

6. True Detective

Sebuah lagi drama bersiri yang dijangka akan meletup di seluruh dunia adalah True Detective yang mengisahkan mengenai perjalanan dua orang detektif yang memburu penjenayah.

Menariknya, kisah-kisah jenayah ditonjolkan dalam siri sebanyak lapan episod setiap musim itu sangat berbeza daripada drama-drama sedia ada termasuk karakter yang ditampilkan.

Paling mengujakan, aktor kacak, Matthew McConaughey bakal memegang peranan utama.

7. How I Met Your Mother & True Blood

Buat kali terakhir penonton akan dapat menyaksikan siri How I Met Your Mother yang bakal berakhir pada tahun ini. Bagaimanapun musim terakhir itu hanya dapat ditonton oleh penonton Malaysia pada pertengahan tahun ini.

Kesemua pelakon asal siri itu Neil Patrick Harris, Cobie Smulders, Josh Radnor, Jason Segel dan Alyson Hannigan bakal muncul dalam musim terakhir itu.

Manakala, penonton juga perlu mengucapkan selamat tinggal kepada drama bersiri True Blood pada akhir tahun ini dan diharap kesemua persoalan yang timbul sepanjang musim terdahulu akan terjawab.

8. Oh My English! – Hello America!

Pelajar SMK Ayer Dalam bakal berkunjung ke Amerika Syarikat dan melawat beberapa tempat menarik di sana seperti Times Square dan Statue of Liberty.

Telah pun berjaya dengan siri sebelum ini iaitu Oh My English! dan Oh My Ganu!, francais terbaharu itu akan memperlihatkan pelbagai kisah menarik sepanjang mereka berada di sana.

9. Adele

Kali terakhir Adele muncul dengan album pada tahun 2011 dan mendapat pelbagai pengiktirafan di seluruh dunia termasuk enam anugerah Grammy.

Bagaimanapun penyanyi itu kelihatan memencilkan diri sejak melahirkan anak sulungnya Angelo pada 2012 dan dikhabarkan sedang merakamkan album terbaharunya.

Menurut The Mirror, album berkenaan bakal berada di pasaran pada Mei ini dan pasti ia dinanti-nantikan oleh para peminatnya.

10. U2

Selepas beberapa tahun tidak muncul dengan album terbaharu, kumpulan U2 yang dianggotai oleh The Edge, Bono, Larry Mullen dan Adam Clayton mengesahkan akan tampil dengan sebuah album tahun ini.

Dalam sebuah temubual, Adam mengesahkan berita itu dan bakal bekerjasama dengan penerbit seperti Danger Mouse dan Coldplay.

11. Future Music Festival Asia 2014

Festival muzik terbesar itu bakal diadakan di Malaysia dengan lebih 40 artis akan membuat persembahan termasuklah Macklemore & Ryan Lewis, Deadmau5, u-Tang Clan, Tinie Tempah dan Armin Van Buuren pada Mac ini.

Bakal diadakan di Mines Wonderland di Seri Kembangan, Selangor, lebih 65,000 peminat dijangka memenuhi kawasan tersebut yang bertemakan safari.

12. Singapore Rock Festival 2014

Berita baik untuk peminat muzik rock kerana kumpulan seperti Rob Zombie, Korn, Five Finger Death Punch dan Black Veil Brides akan mengegarkan Fort Canning Park di Singapura untuk singapore Rock Festival 2014 yang akan diadakan pada Mac depan.

13. Teater 'Awek Chuck Taylor'

Berdasarkan sebuah novel paling laris tulisan Nami Cob Nobbler, teater berbahasa Malaysia ini akan menampilkan Elza Irdalynna, Eyzendy dan Inessa Irdayanty.

Mengisahkan tentang hubungan cinta seorang lelaki bernama Hafiz dengan Mira yang menempuh pelbagai rintangan dan kisah menarik.

Tiket untuk persembahan pada Februari ini telah pun habis dijual namun sebuah lagi pementasan akan diadakan bersempenan PJ Laugh Fest pada Mei depan.

14. Faulty Towers : The Dining Experience

Teater yang dipopularkan oleh John Cleese, Prunella Sales dan Andrew Sachs pada 1975, akhirnya, buat pertama kali ia akan dipersembahkan di PJ Live Arts pada Mei depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan