Imran Ajmain Enggan Buat Lagu 'Sedih'

Diterbitkan: Rabu, 1 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Imran Ajmain
Imran Ajmain

PETALING JAYA: Penyanyi Imran Ajmain mengakui tidak mahu mencipta atau menyanyikan lagi lagu-lagu berunsur sedih yang boleh memberi aura negatif kepada pendengar.

Imran berkata, lagu -lagu tersebut juga tidak sesuai untuk dinyanyikan di majlis-majlis keraian dan perkahwinan.

"Apa yang saya sedar industri kita kekurangan lagu-lagu bahagia, apabila kita tonton video-video perkahwinan, ramai yang menggunakan lagu-lagu tema daripada negera seberang.

"Lagu-lagu saya sendiri semuanya tentang kesedihan dan apabila diminta menyanyikan lagu pada majlis perkahwinan saya terpaksa menyanyi lagu-lagu penyanyi lain," katanya kepada mStar Online.

Imran yang sebelum ini popular dengan lagu Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun, dan Dikalung Kasihan mengakui agak sukar untuk berkongsi lagu tersebut di laman sosial kerana berkisarkan tentang kesedihan.

Jelasnya, biarpun lagu tersebut popular namun sebenarnya ia berkisarkan tentang keluhan dan kesedihan semata-mata.

Oleh yang demikian, Imran berkata, dia cuba keluar daripada kepompong tersebut dan mencipta lagu-lagu yang memberi kesan positif kepada pendengar dan dirinya sendiri.

"Lagu-lagu baru saya semuanya tentang kebahagian dan saya seronok kerana ia sebenarnya melambangkan diri saya.

"Pada saya lagu-lagu ini secara tidak langsung juga akan buat orang gembira," katanya.

Sementara itu, Imran berkata lagu-lagu baharunya juga adalah hasil ciptaan beberapa komposer baharu yang disimpan sejak enam tahun lalu.

Katanya, sepanjang bergelar artis, ramai yang cuba menghubunginya untuk menghantar lagu-lagu ciptaan mereka.

"Ramai yang hantar lagu namun hanya beberapa sahaja yang sedap didengar, jadi saya panggil mereka ini untuk ubah suai lagu tersebut menjadi lebih kormersil," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan