Nadiya Nisaa Tidak Anggap Teater 'Jam Dinding Yang Berdetak' Tumpang Publisiti

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadiya Nisaa
Nadiya Nisaa

PETALING JAYA: Pelakon Nadiya Nisaa menafikan kemunculannya dalam teater Jam Dinding Yang Berdetak yang akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 17 hingga 19 Januari depan adalah sekadar untuk menarik penonton.

Sebaliknya, Nadiya, 28, berkata, dia bersyukur kerana diberi peluang oleh produksi tersebut dalam menjayakan teater yang dianggap cabang baru dalam kerjaya seninya.

"Saya yang minta untuk diberi peluang berlakon dalam teater ini, namun sebagai pendatang baharu dalam dunia teater saya tidak mahu diberikan watak yang utama kerana ramai lagi yang layak.

"Ini merupakan satu proses pembelajaran bagi saya dan berharap ramai yang datang beri sokongan kepada pementasan ini," katanya dalam sidang media teater Jam Dinding Yang Berdetak, di Istana Budaya, Selasa.

Tambah Nadiya, projek ini merupakan penglibatannya dalam produksi Revolution Stage buat kali kedua selepas teater Asramara yang dipentaskan di Menara Mara pada Oktober lalu.

Nadiya berkata, biarpun membawakan watak kecil, namun dia dapat mempelajari banyak perkara yang melibatkan proses pementasan teater.

Sementara itu, pengarahnya Aloeng Silalahi berkata, pemilihan Nadiya Nisaa adalah mengikut kesesuaian dengan karekter dan kekuatan masing-masing.

Aleong turut tidak menolak kehadirannya dalam pementasan kali ketiga ini boleh dikatakan sebagai satu daya penarik untuk membawa penonton ke pementasan tersebut.

Dalam pada itu, teater Jam Dinding Yang Berdetak ini merupakan naskah daripada seorang penulis Indonesia iaitu Nano Riantiarno yang diubahsuai mengikut kesesuaian masyarakat negara ini.

Katanya, sebanyak 45 peratus termasuk bahasa, watak dan kesesuaian adat serta agama telah diolah semula mengikut citarasa tempatan.

"Kisah hidup masyarakat sekitar tahun 80an di Indonesia dan Malaysia tidak jauh bezanya, cuma saya buah ubahsuai daripada segi bahasa dan latar belakang keluarga yang pada asalnya sebuah keluarga beragama Kristian," katanya.

Jam Dinding Yang Berdetik akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya, pada 17 hingga 19 Januari depan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan