Artis Tempatan Turut Meriahkan Pelancaran TMM 2014

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti akan menyampaikan lagu Cuti-Cuti Malaysia pada pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014, 4 Januari ini.
Siti akan menyampaikan lagu Cuti-Cuti Malaysia pada pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014, 4 Januari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan lebih giat mempromosikan artis tempatan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu, Rashidi Hasbullah berkata, pelbagai program telah disusun yang melibatkan golongan artis tempatan sebagai salah satu usaha mempromosikan industri pelancongan di negara ini.

"Kita sedia maklum bahawa golongan artis memainkan peranan besar dan mampu menarik perhatian dalam membantu menaikkan industri pelancongan di negara ini.

"Atas sebab itu juga pihak kementerian telah menyusun pelbagai aktiviti melibatkan artis-artis popular dalam program sepanjang tahun hadapan," katanya pada sidang media pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, Isnin.

Dalam perkembangan sama, Rashidi berkata, seramai 11 artis terkenal tanah air bakal memeriahkan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 yang akan berlangsung pada 4 Januari ini di Dataran Merdeka.

Rashidi berkata, barisan artis berkenaan bakal membuat persembahan lagu-lagu pelancongan dan popular mereka pada acara yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Lagu-lagu istimewa berunsurkan pelancongan seperti Cuti-Cuti Malaysia dan Malaysia truly Asia akan disampaikan oleh artis-artis ternama pada acara tersebut.

"Selain itu, lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2014 yang digubah oleh seorang penuntut Universiti Lim Kok Wing akan diperdengarkan pada malam itu dengan persembahan koir," jelasnya lagi.

Antara artis yang bakal mengadakan persembahan adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khadijah Ibrahim, Nash, Amy Search, Hafiz, Najwa Latif dan kumpulan Azlan The Typewriter.

Masyarakat sekitar Lembah Klang dijemput hadir ke acara tersebut yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam dengan pelbagai acara menarik lain seperti pameran, jualan makanan tradisional Malaysia dan persembahan video secara mapping pada bangunan Sultan Abdul Samad.

Sementara itu, Rashidi berkata, selain memperkenalkan artis-artis tempatan, pihaknya juga sedang giat mempromosikan persembahan teater dan konsert yang akan diadakan sepanjang tahun hadapan di Istana Budaya kepada pelancong luar.

Jelas Rashidi, pihaknya telah mencadangkan agar semua program menarik yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya disertakan dalam pakej percutian kepada pelancong asing.

"Kami sudah berbincang dengan pihak pengurusan Istana Budaya mengenai perkara ini dan meletakkan program di sana dalam pakej percutian pelancong dengan harga yang berpatutan akan dapat menarik mereka ke sini.

"Pada masa sama kita dapat mempromosikan kebudayaan dan seni yang terdapat di negara kita," jelasnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan