Ajai Ambil Masa 4 Tahun Cipta 'Aduh'

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ajai
Ajai

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Ajai mengambil masa selama empat tahun untuk membuat kajian terhadap muzik dan kehendak pasaran tempatan bagi mencipta lagu terbaharunya berjudul Aduh.

Ajai atau nama sebenar, Faizal Maas, 38, berkata, lagu dengan genre Malaysia Pop (M-POP) ini mempertaruhkan melodi yang jauh berbeza daripada muzik yang dibawa oleh pendatang-pendatang baharu dalam industri muzik tempatan.

"Selama empat tahun saya buat kajian tentang pasaran muzik tanah air dan melihat pendengar lebih memilih lagu-lagu genre sebegini yang dibawa masuk daripada Indonesia.

"Walhal, kalau dikaji semula lagu-lagu seperti ini telah lebih awal dipopularkan oleh penyanyi Malaysia seperti search, Exist dan Slam sekitar tahun 80-an dahulu," katanya.

Tambahnya, lagu genre tersebut sudah semakin dilupakan oleh pendatang-pendatang baharu muzik tempatan yang lebih memperjuangkan lagu moden dan indie.

Oleh yang demikian, dengan penghasilan lagu tersebut dapat mengembalikan semula perhatian pendengar terhadap lagu-lagu ciptaan komposer tempatan.

Jelasnya, formula tersebut dilihat menjadi apabila lagu Aduh mendapat sambutan mengalakkan daripada pendengar selepas beberapa minggu sahaja dimainkan di radio.

"Alhamdulillah, lagu ini mendapat sambutan baik daripada pendengar, malah klip video tidak rasmi yang dimuat turun oleh stesen radio KLFM mendapat tontonan lebih 100,000 dalam masa sebulan," katanya.

Dalam pada itu, video muzik rasmi lagu Aduh boleh dilayari di laman youtube bermula 25 Disember ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan