Danial Juara Idola Kecil Musim Ke-6

Diterbitkan: Ahad, 29 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Danial Cheur Hamasiah (tengah) sebak sejurus diumumkan sebagai Juara Idola Kecil musim keenam. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star
Danial Cheur Hamasiah (tengah) sebak sejurus diumumkan sebagai Juara Idola Kecil musim keenam. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star

SHAH ALAM: Juara Idola Kecil musim keenam, Danial Cheur Hamasiah, 12, tidak mampu menahan sebak apabila diumumkan memenangi pertandingan akhir tersebut di Kompleks Sukan Panasonic di sini, malam Sabtu.

Danial yang menyanyikan lagu When I Was Your Man dan sebuah lagu baharu, Bangkit berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.

Menurut Danial ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka kemenangan itu berpihak kepadanya memandangkan persaingan antaranya dan empat finalis lain agak sengit.

“Saya memang tak sangka sebab kawan-kawan lain turut membuat persembahan yang hebat. Apabila diumumkan sebagai pemenang dan melihat gambar saya yang keluar di skrin, saya akui sangat terkejut kerana terlalu teruja untuk mengetahui keputusannya.

“Saya merancang untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang nyanyian kerana amat berminat untuk bergelar seorang penyanyi,” katanya selepas program itu berakhir.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Aby Norlila Kamaruddin (Aby), 12, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi manakala tempat ketiga yang memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi dimiliki oleh Ammierul Daneal Eddy Noor, 12.

Finalis lain yang turut menyertai pertandingan ini adalah Shafiqah Amira Shukor, 12 dan Nor Alleyya Nor Edwan, 10.

Pertandingan akhir ini memperlihatkan para peserta perlu menyampaikan dua buah iaitu Mother's Choice, lagu-lagu menjadi kegemaran ibu finalis dan sebuah lagi dicpta khas untuk mereka.

Persembahan akhir itu diadili oleh dua juri jemputan, Noh (Hujan), Syafinaz Selamat dan Tomok selaku juri tetap.

Pertandingan malam itu turut diserikan dengan persembahan pembukaan daripada Joe Flizzow.

Program realiti yang dihoskan oleh penyanyi Alif Satar ini turut disiarkan secara langsung di TV9.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan