Leonardo DiCaprio Belajar Teknik Lakonan Di YouTube

Diterbitkan: Sabtu, 28 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leonardo DiCaprio.
Leonardo DiCaprio.

AKTOR terkenal Hollywood, Leonardo DiCaprio mendedahkan telah mempelajari teknik lakonan yang betul menerusi laman YouTube bagi menjayakan watak dalam filem The Wolf of Wall Street.

Jelas Leonardo, dia menghadapi kesukaran untuk melakukan babak di mana watak Jordan Belfort yang dibawanya terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Dia juga telah menonton sebuah video bertajuk The World's Drunkest Man untuk mendapatkan inspirasi bagi menjayakan peranannya dalam karya arahan Martin Scorsese itu.

Filem berkenaan bakal ditayangkan pada Januari depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan