'Industri Filem Tempatan Ketinggalan' – Zahiril Adzim

Diterbitkan: Sabtu, 28 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zahiril Adzim.
Zahiril Adzim.

PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim tidak menafikan pemergiannya ke Festival Filem Asia Pasifik ke-56 (APFF-56) yang berlangsung di Macau, China pada 13 hingga 15 Disember lalu membuka matanya tentang pandangan masyarakat luar mengenai industri perfileman tempatan.

Zahiril berkata, sepanjang empat hari berada di negara itu, dia mendapati kemajuan filem tempatan masih berada pada tahap rendah berbanding negara serantau lain.

"Pemergian ke Macau baru-baru ini telah buka mata saya tentang industri perfileman tempatan yang masih ketinggalan jauh berbanding negara-negara serantau dan ia satu kenyataan yang cukup pahit untuk diterima.

"Bukan ingin merendah-rendahkan industri sendiri tetapi hakikatnya masyarakat luar hanya memandang Malaysia sebelah mata sahaja," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Zahiril, kehadirannya ke acara itu telah memberinya banyak input selain mempelajari pelbagai perkara baharu tentang filem dari negara lain yang lebih berdaya saing.

Jelasnya lagi, sudah tiba masanya semua penggiat seni di tanah air melakukan sesuatu baik dari segi teknikal dan lakonan bagi memastikan masyarakat antarabangsa dapat menghargai karya yang dihasilkan.

"Menerusi festival sebegini kita dapat menilai kembali di mana tahap industri kita sebenarnya dan pada saya ia telah memberi banyak ilmu dan sebagai pemangkin semangat untuk melakukan lebih baik selepas ini.

"Walaupun tidak ada filem tempatan yang dicalonkan namun sekurang-kurangnya kita dapat memperkenalkan karya tempatan di peringkat luar," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zahiril berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem Juvana 2 dalam masa terdekat selain bakal muncul dengan drama bersiri terbaharunya berjudul Aku Ada Wali di samping Siti Saleha.

Aku Ada Wali turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Aida Jebat, Zoey Rahman dan Sabhi Sadhi.

Ia bakal disiarkan di TV Al-Hijrah bermula 14 Januari depan pada setiap hari Selasa pukul 10 malam.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan