Fazley Tidak Melenting Lagu Kek Ciptaannya Dipersendakan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fazley Yaakob
Fazley Yaakob

SHAH ALAM: Penyanyi dan pakar motivasi Datuk Fazley Yaakob menganggap tindakan segelintir pihak yang memperlekehkan lagu baharunya berjudul Chocolate Cake sebagai salah satu publisiti kepada lagu tersebut.

Fazley, 34, berkata, dia sedar lagu tersebut sukar untuk diterima oleh masyarakat tempatan, namun dia percaya ia akan menjadi perhatian kerana keunikannya.

"Saya sudah menjangkakan perkara ini akan terjadi selain ramai yang mengkritiknya dan bercakap negatif tentang lagu ini. Perkara-perkara itu saya anggap sebagai publisiti kepada lagu tersebut.

"Secara tidak langsung orang ingin mendengar dan mengkaji liriknya walaupun dalam masa yang sama mereka mentertawakannya," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Chocolate Cake, di Restoran The Sumbs, di sini, pada Khamis.

Jelas Fazley, lagu tersebut juga tersenarai antara beberapa lagu seperti Havoc (Joe Flizzow), Aduh (Ajai) dan Pengodam Jiwa (Adam) yang sukar diterima, namun menjadi perbualan dan bahan carian di laman-laman sosial.

Katanya, apa juga tanggapan masyarakat sama ada baik atau buruk terhadap sesebuah karya itu, ia tetap memberi kesan promosi lagu tersebut.

"Maklum balas di radio sangat baik, apabila ia mendapat permintaan pendengar selepas dua minggu di siarkan berbanding lagu saya sebelum ini memerlukan masa lebih sebulan," katanya.

Bercerita tentang lagu tersebut, Fazley berkata, dia mendapat idea daripada seorang chef ketika belajar tentang masakan di Le Cordon Blue Paris di Perancis.

Katanya, kek dan manisan melambangkan kisah percintaan pasangan kekasih di negara tersebut.

"Ketika saya belajar di sebuah sekolah masakan di Paris, chef tersebut menyuruh saya menulis lagu tentang kek coklat.

"Chef tersebut meminta agar resipi kek coklatnya dimasukkan ke dalam lirik lagu itu," katanya yang turut menolak dakwaan kekurangan idea dalam menghasilkan lirik sehingga menggunakan resipi masakan dalam lagu tersebut.

Sementara itu, Fazley berkata, pihaknya dalam perancangan untuk mengalih bahasa lagu berkenaan kepada bahasa Perancis untuk cuba memasuki pasaran negara itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan