Ellie Suriati Arah Filem Kedua Jika Skrip Sebaik 'Penanggal'

Diterbitkan: Jumaat, 27 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ellie Suriati bersama suaminya, Azri Iskandar.
Ellie Suriati bersama suaminya, Azri Iskandar.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Ellie Suriati Omar mencari naskhah setanding dengan filem pertama arahannya iaitu Penanggal untuk kembali mengarah karya kedua.

Ellie menjelaskan dia perlu berhati-hati untuk mencari naskhah sesuai kerana dia sedar harapan besar diletakkan atas bahunya selepas kejayaan filem pertamanya itu.

"Saya hanya akan kembali mengarah sekiranya ada naskhah yang setanding atau lebih baik berbanding Penanggal kerana filem pertama saya itu telah meletakkan penanda aras tinggi buat saya.

"Apabila ia berjaya mendapat perhatian penonton saya sedar bahawa perlu lakukan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ini," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Ellie berkata, dia bersikap memilih terhadap filem yang bakal diarahkan bukan kerana sikap tinggi diri tetapi semata-mata mahu memberikan karya terbaik kepada penonton.

"Tiada niat saya untuk mula meninggi diri atau 'demand' tetapi sekadar ingin menghidangkan filem berkualiti kepada penonton sekali gus dapat meningkatkan mutu industri perfileman tanah air," ujarnya.

Jelasnya lagi, dia sentiasa terbuka menerima kritikan bagi memperbaiki teknik pengarahannya pada masa hadapan.

"Saya masih orang baharu sebagai pengarah dan sedia untuk menerima kritikan dan pada masa sama saya ingin memberikan yang terbaik dan bukan sekadar filem kosong," jelasnya.

Sementara itu, Ellie terharu apabila diberitahu Penanggal mendapat kutipan sebanyak RM2.5 juta sepanjang dua minggu ditayangkan.

Kata Ellie, kejayaan tersebut bukan atas usahanya sahaja sebaliknya ia adalah atas kerja keras semua krew dan pelakon yang menjayakan filem berkenaan.

"Ia adalah saat paling indah untuk saya sebagai pengarah baharu dan pada masa sama bangga kerana semua usaha keras kami sebagai satu kumpulan akhirnya membawa pulangan," katanya.

Penanggal ditayangkan pada 28 November lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan