Britney Spears Bengang Dengan Beyonce

Diterbitkan: Jumaat, 27 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Britney Spears
Britney Spears

PENYANYI Britney Spears melalui saat-saat menyedihkan apabila album baharunya berjudul Britney Jean tersenarai dalam album penjualan terendah.

Akibat perkara tersebut, Britney telah menyalahkan penyanyi Beyonce yang mendapat kejayaan terbesar apabila melancarkan album baharunya sehingga 1 juta dalam tempoh seminggu.

"Album Britney gagal, dia turut menyalahkan Beyonce kerana turut melancarkan album secara tiba-tiba dalam tempoh sama.

"Britney turut menganggap Beyonce sengaja berbuat demikian kerana ingin memalukan dirinya dengan kegagalan tersebut," ujar sumber seperti dipetik daripadaNational Enquirer.

Britney turut dikatakan mengamuk dan enggan mendengar sebarang berita tentang penyanyi itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan