Ayu Raudhah Cuti Berlakon Kerana Hamil

Diterbitkan: Jumaat, 27 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ayu Raudhah terpaksa berehat seketika daripada dunia lakonan kerana sedang hamil anak keduanya.
Ayu Raudhah terpaksa berehat seketika daripada dunia lakonan kerana sedang hamil anak keduanya.

PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah terpaksa melupakan bidang lakonan buat sementara waktu selepas disahkan hamil anak keduanya empat bulan lalu.

Ayu, 28, berkata, buat masa ini dia akan memberikan tumpuan kepada kandungan dan rumah tangganya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak dan anak sulung mereka Muhammad Aisy Qaiser yang kini mencecah usia sembilan bulan.

"Sejak mengandung anak pertama lagi saya sudah tidak berlakon dan semakin seronok menjadi ibu dan suri rumah. Jadi tentang lakonan itu buat masa ini saya ketepikan dulu kerana keluarga adalah keutamaan.

"Tambahan pula anak pertama masih menyusu badan jadi sukar untuk saya membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya," katanya kepada mStar Online.

Walau bagaimanapun begitu kata Ayu, dia mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran dan pengundurannya daripada bidang lakonan hanya bersifat sementara.

Jelas Ayu, dia akan kembali berlakon selepas kelahiran anak kedua namun tidak terburu-buru untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah kalau ada rezeki lepas pantang nanti saya akan kembali berlakon tetapi jika tiada tawaran pun tidak mengapa," ujarnya.

Sementara itu, Ayu berkata, kandungan keduanya ini tidak mengalami sebarang masalah atau pun alahan namun suaminya yang mengalami alahan teruk pada awal dia mengandung.

"Saya sebenarnya tidak sedar saya mengandung dan hanya perasan apabila tidak datang haid dan ingatkan ia perkara biasa kepada ibu yang menyusu badan.

"Apabila disahkan doktor saya hamil, kami berdua sangat gembira dan ia adalah rezeki daripada Allah," katanya yang menginginkan anak perempuan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan