Zizan Razak Bangga Jika Emma Maembong Kekal Bertudung

Diterbitkan: Khamis, 26 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan Razak
Zizan Razak

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui berasa bangga jika aktres yang sering dikaitkan bercinta dengannya, iaitu Emma Maembong membuat keputusan untuk terus bertudung.

Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 29, berkata, dia tidak pernah menyuruh wanita itu untuk berbuat demikian.

"Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung.

"Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita, " katanya kepada mStar Online, di sini.

Tambah Zizan, Emma sudah lama memberitahu niat untuk berubah ke arah itu namun masih menunggu masa yang sesuai.

Sementara itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment berkata, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.

"Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!.

"Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan