Empat Penyanyi Tempatan Wakil Negara Ke MIDEM

Diterbitkan: Khamis, 26 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shila Amzah
Shila Amzah

PETALING JAYA: Seramai empat orang penyanyi tempatan iaitu Shila Amzah, Goldkartz, ThomasJack dan Azlan And The Typewriter akan mewakili negara ke Marche International du Disque et de l’Edition Musicale (MIDEM) di Cannes, Perancis pada Februari 2014.

Delegasi itu akan diketuai di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim menerusi kenyataan media yang diberikan kepada mStar Online berkata, barisan artis tersebut dipilih berdasarkan kepada genre muzik yang dibawa dan mewakili pelbagai segmen bahasa dan kaum di Malaysia.

"Faktor-faktor seperti kredibiliti dan pengiktirafan anugerah, memastikan bahawa mereka bersama-sama produk muzik yang dihasilkan telah siap sedia dieksport untuk dipersembahkan di hadapan penonton dan peminat muzik antarabangsa.

“Kolaborasi di antara pihak kerajaan dengan industri muzik ini merupakan satu galakan yang amat besar kepada penggiat muzik tempatan terutamanya jika diambil kira impak jangka panjang yang bakal diperoleh dan untuk menjana pulangan ekonomi yang lebih besar di dalam industri," katanya.

Penyertaan ini merupakan kali kedua delegasi Malaysia ke acara tahunan terbesar di dunia tersebut dan merupakan sebuah inisiatif di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN).

MIDEM adalah sebuah pasaran muzik global yang menerima penyertaan daripada kesemua perniagaan berkaitan dengan muzik dan merupakan platform yang ideal untuk mempromosikan atau melancarkan sebarang produk muzik tempatan di pentas antarabangsa.

Inisiatif ini telah diambil oleh RIM untuk membawa dan seterusnya mempromosikan produk muzik dari Malaysia di MIDEM.

MIDEM 2014 akan mengetengahkan lebih daripada 80 konsert persembahan langsung dan pameran muzik daripada serata dunia termasuklah persembahan daripada artis-artis Malaysia yang dijadualkan akan membuat persembahan di bawah konsert‘Malaysian Supernova’ pada 3 Februari 2014.

"MIDEM merupakan sebuah acara perniagaan dan persidangan industri muzik global yang paling lama bertahan dan ianya dihadiri oleh label ‘independent’, para pengedar, agen, pengurus, promoter, media, wakil daripada muzik digital dan ramai lagi pakar-pakar industri di dalam komuniti muzik dunia.

"Kami berharap agar penyertaan Malaysia dapat menghasilkan impak yang besar dan untuk membawa pulang hasil yang terbaik daripada acara ini sama ada daripada segi ekonomi atau kreativiti,” ujarnya

MIDEM akan berlangsung selama empat hari bermula dari 1 hingga 4 Februari 2014.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan