Aaron Aziz Terkilan Tidak Sempat Berlakon Dengan Azean Irdawaty

Diterbitkan: Khamis, 26 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aaron Aziz
Aaron Aziz

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz mengakui terkilan kerana hasratnya untuk belakon bersama Allahyarham Azean Irdawaty tidak kesampaian.

Aaron berkata, seniwati tersebut merupakan antara pelakon yang diimpikan untuk berlakon bersama sejak bergelar anak seni di negara ini.

"Ketika berada di Hong Kong, saya mendapat berita tentang pemergian Allahyarham dan rasa sangat sedih kerana tidak dapat menziarahi pengebumiannya.

"Azean merupakan pelakon yang saya kagumi dan berharap untuk bekerjasama, namun hasrat untuk bekerjasama dengan Allahyarham tidak kesampaian," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aaron, sebagai pelapis dalam industri, peluang berlakon dengan pelakon-pelakon veteran sangat dinantikan bagi menimba lebih banyak ilmu lakonan.

Katanya, dia lebih komited dan fokus apabila digandingkan dengan pelakon veteran bagi memberi yang terbaik.

"Saya pernah berlakon dengan Datuk Jalaludin Hassan dan rasa sangat berbeza terutamanya daripada segi fokus dan komitmen yang mereka tunjukkan.

"Kita akan rasa lebih serius kerana tidak mahu malu terutama daripada segi penghafalan dialog dan disiplin," katanya.

Secara tidak langsung, Aaron berkata, dia banyak belajar perkara baharu dan berkongsi pengalaman dengan pelakon-pelakon yang sudah lama dalam industri seni tanah air.

Tambahnya lagi, selain Azean, dia berharap dapat bekerjasama dengan seniman Tan Sri Jins Shamsuddin dan Asmah Laili.

Sementara itu, Aaron yang bakal munculk dengan telefilem Oh My English!-Hello America mengakui penglibatannya dalam drama siri bercorak pendidikan itu berjaya menarik lebih ramai peminat kanak-kanak bangsa lain selain Melayu.

"Selepas membintangi drama Oh My English! ramai peminat kanak-kanak bukan Melayu yang menegur saya di luar termasuk ibu bapa mereka yang menonton rancangan itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan