Ziela Jalil Tepis Terbitkan Drama Adaptasi Kerana Tiada Idea

Diterbitkan: Rabu, 25 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ziela Jalil
Ziela Jalil

PETALING JAYA: Penghasilan drama berdasarkan adaptasi novel yang semakin menjadi trend oleh kebanyakan penerbit bukan disebabkan mereka tidak mempunyai idea baharu untuk dijadikan sebuah karya.

Sebaliknya, penerbit drama, Ziela Jalil menyifatkan, langkah itu dapat menarik lebih ramai penonton kerana sudah tentu karya berkenaan mempunyai pengikut tersendiri.

"Diakui, menghasilkan drama yang diadaptasi daripada sebuah novel dapat memudahkan kerja promosi kerana drama ini sudah pun mempunyai pengikut sendiri. Tetapi bukan kerana kami dah tidak ada idea.

"Sebaliknya idea yang selalu muncul lebih kurang sama dengan novel. Cuma plot penceritaan novel yang dikembangkan lebih teliti. Maklumlah, penulis novel mengambil masa lama untuk memikirkan idea novel mereka.

"Tetapi ia juga tidak mudah kerana skrip cerita tidak boleh diubah langsung mahupun dipendekkan kerana ia mengundang kemarahan pengikut sesebuah novel itu," katanya.

Ziela ditemui pada majlis pelancaran drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, di sini pada Selasa.

Tambah Ziela drama tersebut merupakan adaptasi daripada sebuah novel popular The Wedding Breaker, terbitan Karya Seni.

"Saya terkejut apabila drama The Wedding Breaker ini antara novel yang terlaris dan jalan ceritanya juga amat menarik.

"Tambahan pula saya memiliki barisan pelakon yang hebat semuanya. Saya percaya ia membuatkan pengikut novel ini tertunggu-tunggu untuk menyaksikannya," ujar Ziela.

Ariana Rose arahan Raja Alauddin Shah dibarisi pelakon Keith Foo. Nur Fathia, Nabila Huda, Hisyam Hamid, Arja Lee dan Tasha Shila.

Ia mengisahkan tentang Ariana Rose (Fathia) yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam (Keith) pada majlis pernikahan Tengku Adam dan Juwita (Tasha).

Ariana bersetuju untuk berpura-pura kononnya dia sedang mengandungkan anak Adam demi membantu sahabat baiknya, Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan.

Ariana Rose akan disiarkan bermula 30 Disember depan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan