Pereka Fesyen Jawab Busana ‘Tanduk Rusa’ Rozita Che Wan

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar ini dimuat naik menerusi laman sosial peminat sambil mereka mempersoalkan busana dipakai Rozita Che Wan yang dikatakan menyamai tanduk rusa.
Gambar ini dimuat naik menerusi laman sosial peminat sambil mereka mempersoalkan busana dipakai Rozita Che Wan yang dikatakan menyamai tanduk rusa.

PETALING JAYA: Isu perkahwinan mewah Rozita Che Wan dan Zain Saidin masih lagi menjadi kontroversi biarpun ia sudah dua minggu berlalu apabila ada pihak mempersendakan persalinan yang dipakai wanita itu pada majlis berinai yang dikatakan seperti ‘fesyen tanduk rusa’.

Salah seorang pereka fesyen yang dikaitkan iaitu Rizman dari butik Rizman Ruzaini berkata, rekaan sanggul di kepala aktres tersebut adalah inspirasi daripada sanggul lintang tradisi masyarakat Melaka dan ia diubah mengikut konsep majlis berinai kedua-dua mempelai.

"Mungkin mereka tidak tahu bahawa sanggul seperti itu merupakan perhiasan kepala tradisi masyarakat Melaka yang diwarisi sejak berkurun lamanya. Ia turut dikenali sebagai sanggul bermahkota kerana perhiasan seperti mahkota pada kepala.

"Apabila mereka tidak tahu sejarah perhiasan itu, maka ia disamakan dengan tanduk rusa pula. Dan memandangkan timbulnya persoalan ini, saya sebagai pereka bagi busana berkenaan bertanggungjawab memperjelaskan rekaan sanggul tersebut agar ia tidak disalah ertikan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Majlis berinai Rozita berlangsung pada 10 Disember lalu di Dewan N'Dah Shah Alam yang turut dihadiri oleh Zain.

Selain busana milik Rizman, pelakon itu turut memakai pakaian tajaan Bianco Mimosa serta memperagakan barang kemas bernilai RM11 juta tajaan Habib Jewels.

Rozita dan Zain selamat diijabkabulkan sehari selepas majlis berkenaan bersempena tarikh unik 11.12.13 dengan sekali lafaz sementara majlis resepsi persandingan pula diadakan dua hari kemudian di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Kedua-dua pasangan itu masih berbulan madu di Itali.

Dalam pada itu, Rizman turut menjelaskan rekaan sanggul tersebut juga telah direka khas buat Rozita dengan ukiran motif bunga dan rama-rama serta elemen klasik, sesuai dengan tema majlis yang berkonsepkan tradisional.

Sanggul lintang dipercayai berasal daripada hiasan kepala oleh masyarakat Cina peranakan atau Baba dan Nyonya yang menjadi hiasan wajib dipakai ketika persandingan masyarakat Melayu Melaka zaman dahulu.

Dandanan sanggul itu turut mempunyai maksud tersendiri di mana ia menunjukkan keperibadian wanita terutama bakal pengantin apabila sanggul pada bahagian bawah menunjukkan sifat pemalu manakala sanggul tinggi pula menunjukkan wanita itu berani untuk bergaya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan