Unsur Jenaka Angkat Teater Bahayanya Wanita

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lakonan Zizan (kanan) dan Johan As'ari dalam Bahayanya Wanita. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Lakonan Zizan (kanan) dan Johan As'ari dalam Bahayanya Wanita. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Persembahan teater muzikal Bahayanya Wanita yang membawa mesej tentang kehidupan poligami dan masalah wanita berjaya dipersembahkan dengan cara tersendiri dan menghiburkan di Panggung Sari, Istana Budaya, Jumaat lalu.

Pentas teater yang berdurasi selama tiga jam itu dibuka kira-kira pukul 9 malam dengan persembahan nyanyian daripada pelakon utama Zizan Razak yang memegang watak sebagai Mat Don Al-Atas.

Biarpun membawa mesej yang agak berat tentang kepayahan seorang suami membahagi masa bersama ketiga-tiga isterinya, namun naskah yang ditulis oleh Erma Fatima ini disampaikan dengan cara mudah dengan unsur jenaka.

Lakonan pelakon-pelakon hebat turut menghidupkan watak-watak yang dibawa masing-masing berjaya menarik perhatian penonton untuk mengikuti persembahan ini sehingga tamat.

Pengarahnya Zamberi Shari berkata, kesemua pelakon memberi persembahan yang memuaskan dan menepati masa yang ditetapkan.

"Alhamdulillah pada malam ini semua berjalan lancar dan pelakon memainkan peranan mereka atas pentas dengan baik.

"Namun saya akui ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki terutamanya daripada segi teknikal dan set persembahan pentas," katanya pada sidang media selepas teater tersebut.

Teater dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Zizan Razak, Umie Aida, Erra Fazira, Nora Danish, Johan Asaari, Erma Fatima dan Ziela Jalil.

Bagaimanapun, watak Farhana pada malam pertama telah digantikan oleh Lana Nordin berikutan komitmen pelakon tersebut yang terikat dengan sebuah program televisyen.

Teater ini turut mempersembahkan sebanyak 18 buah lagu nyanyian pelakon-pelakon tersebut dengan lirik yang ditukar mengikut kesesuaian jalan cerita.

Pementasan Bahayanya Wanita dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 20 hingga 31 Disember ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan