'Good Morning Tai Tai' Program Bual Bicara Bahasa Cina Pertama ntv7

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kah Chee
Kah Chee

PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 muncul dengan sebuah program temubual harian berbahasa Cina pertama di Malaysia iaitu Good Morning Tai Tai bermula 23 Disember 2013.

Program tersebut akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8 pagi.

Menurut kenyataan media yang diberikan kepada mStar Online, rancangan yang turut mendapat sokongan daripada pihak stesen radio one FM itu bakal dijadikan pusat maklumat kepada para penonton untuk berkongsi pelbagai topik serta berita terkini mengenai apa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara.

"Antara pengacara Good Morning Tai Tai Tiang Kah Chee, Jan Chin, DJ one FM, Hoon Mei Sim, Seah Song Fan dan Goh Wee Ping.

"Ia merangkumi pelbagai topik dan isu seperti sosial, pendidikan, budaya, teknologi serta hal ehwal semasa serta disegmenkan mengikut hari.

"Pihak kami juga mengundang penganalisa profesional untuk membincangkan keadaan pasaran saham," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, ntv7 yakin informasi pasaran saham seperti ini juga bakal memberikan manfaat kepada suri rumah moden yang turut memerlukan pengetahuan seperti ini.

Segmen khas berkaitan perhubungan suami dan isteri turut menjadi topik bualan hangat selain segmen Top 5 yang dibawa khas dari stesen radio one FM di mana segmen ini akan menyenaraikan 5 perkara mengenai gaya hidup ‘Tai Tai’ (suri rumah).

Selain itu, informasi mengenai acara kebajikan serta topik hartanah turut diselitkan pada hari Jumaat.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang rasmi ntv7 di www.ntv7.com.my. atau siaran ulangan di www.tonton.com.my serta perkembangan terkini menerusi ruangan rasmi media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan