4 Finalis Rebut RM20,000 Di TV3 Malam Esok

Diterbitkan: Sabtu, 21 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Taufik dan Liza
Taufik dan Liza

PETALING JAYA: Wang tunai RM20,000 bakal menjadi milik siapa? Persoalan itu yang menjadi tanda tanya apabila salah seorang daripada empat finalis rancangan realiti Projek Metro terbitan TV3 bakal diumumkan pada malam Ahad.

Juri acara itu Roslen Fadzil berkata, keempat-empat peserta akhir akan diadili menerusi tugasan secara langsung di pentas pengacaraan selain mengambil kira tugasan awal yang dirakamkan di Johor Bahru hujung minggu lalu.

“Pada peringkat akhir ini pihak produksi memberi tugasan yang agak berat untuk melihat sejauh mana mereka mampu menyahut cabaran untuk berada dalam industri media selain penilaian secara langsung pada malam final,” katanya yang juga seorang penulis lirik.

Selain Roslen, juri tetap acara itu ialah pelakon Fasha Sandha manakala Fara Fauzana bertindak sebagai pengacara.

Bagi acara akhir Ahad ini, Fara akan berganding dengan Faizal Ismail (FBI).

Rancangan realiti itu yang mula bersiaran sejak 5 November lalu diperkenalkan untuk mencari personaliti dalam industri media yang berbakat anjuran Kumpulan Media Prima Berhad.

Lebih 500 peserta telah hadir ke uji bakat pertandingan itu pada 14 September lalu di Balai Berita NSTP, Bangsar dekat sini namun hanya sembilan terbaik yang terpilih.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM20,000 serta kontrak berkhidmat bersama Media Prima selama setahun.

Antara artis yang bakal memeriahkan peringkat akhir ialah Ella, Alyah, Salammusik, Akim Ahmad, Alif Satar serta penampilan khas Erra Fazira, Eja dan Nad Zainal.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada pukul 10 malam, Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan