Tiada Penaja, Majlis Kahwin Aril Pilus Guna Wang Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aril Pilus
Aril Pilus

PETALING JAYA: Penyanyi Aril Pilus menggunakan wang daripada titik peluhnya untuk mengadakan majlis perkahwinan dan tidak menerima tajaan mana-mana pihak.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, berkata, semua perbelanjaan perkahwinannya adalah hasil wang simpanan dan sedikit pelaburannya sepanjang menjadi artis.

"Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini.

“Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Aril akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pramugari Saudi Arabian Airlines, iaitu Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, selepas solat Jumaat.

Majlis akad nikah bakal berlangsung di kampung pengantin perempuan iaitu di Wakaf Che Yeh, Kota Baharu, Kelantan pada Jumaat (hari ini).

Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat di Wakaf Che Yeh, Kelantan.

Aril yang juga deejay Era FM berkata, dia turut berasa gemuruh untuk melalui detik-detik bergelar suami

Bagaimanapun dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Debaran semakin terasa dan sukar untuk saya gambarkan apa yang saya rasa pada majlis itu nanti.

"Saya harap dapat lafazkan akad dengan lancar dan tidak tersalah sebut kerana perasaan gemuruh," katanya.

Sementara itu, Aril berkata, majlis persandingan di Kuala Lumpur untuk rakan-rakan dan media akan diadakan pada Mac tahun hadapan.

"Pada majlis nikah, kami buat secara kecil-kecilan dahulu kerana bakal isteri saya hanya dapat cuti dua hari sahaja dan pada Mac nanti baharulah kami adakan untuk rakan-rakan dan media," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang keistimewaan Puteri, Aril memberitahu wanita itu mempunyai kelembutan dan ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan isteri.

Dia juga tidak menghalang untuk isterinya terus bekerja sebagai selepas berkahwin nanti.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan