Jackie Chan Letih Berlakon Aksi, Mahu Watak Cinta

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jackie Chan
Jackie Chan

KUALA LUMPUR: Pelakon Jackie Chan mendedahkan, dia sudah berasa letih kerana sering berlakon melibatkan seni mempertahankan diri sejak tahun 1960-an.

Jackie atau nama sebenarnya Chan Kong Sang, 59, berkata, dia teringin melakonkan watak-warak romantik dalam mana-mana filem cinta tetapi dapat merasakan peminatnya akan berasa pelik dengan watak sebegitu.

"Sebenarnya saya dah penat dah berlakon filem aksi dengan melibatkan seni mempertahankan diri kerana ia bukannya sesuatu yang mudah.

"Saya teringin berlakon filem cinta namun sehingga kini belum ada lagi mana-mana penerbit yang ingin mengambil saya berlakon filem genre sebegitu ," katanya.

Jackie ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharunya Police Story 2013 di Hotel Ritz Carlton di sini pada Rabu.

Pelakon itu dalam rangka siri jelajahnya ke negara ini untuk tujuan promosi filem berkenaan.

Sementara itu, Jackie berkata, dia agak terkilan dengan penerbitan filem aksi di zaman ini yang terlalu banyak menggunakan teknologi teknik pengimejan berkomputer (CGI).

"Kalau kita lihat mana-mana filem, mereka suka gunakan teknik CGI dalam filem aksi dan ia tidak lagi kelihatan asli. Dan saya tidak sukakan perkembangan itu.

"Cuba lihat, tidak ada sesiapa yang menggunakan seni mempertahankan diri 100 peratus lagi dalam filem mereka. Ini juga disebabkan kerana pihak penerbit ingin memotong kos agar wang yang dikeluarkan tidak berlebihan.

"Kerana itu, saya ingin menerbitkan filem aksi sendiri di mana saya yang akan penerbit, mengarah, menulis skrip dan berlakon dalam masa terdekat ini," ujarnya.

Filem lakonan Jackie iaitu Police Stories 2013 akan ditayangkan di pawagam bermula 18 Disember ini.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan