The Wanted Disingkirkan Syarikat Rakaman

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

The Wanted dilaporkan telah disingkirkan oleh syarikat rakaman mereka kerana kegagalan album terbaharu mereka di pasaran.
The Wanted dilaporkan telah disingkirkan oleh syarikat rakaman mereka kerana kegagalan album terbaharu mereka di pasaran.

KUMPULAN The Wanted dilaporkan telah disingkirkan oleh syarikat rakaman mereka selepas album ketiga berjudul Word of Mouth gagal mendapat sambutan peminat.

Daily Star melaporkan album berkenaan hanya terjual sebanyak 40,000 unit di United Kingdom dan berada di posisi 75 dalam carta album negara itu selepas enam minggu dilancarkan.

Syarikat rakaman mereka kecewa dengan sambutan diberikan kerana meletakkan harapan tinggi agar The Wanted berada sebaris dengan kumpulan One Direction yang menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia.

Menurut sumber pembikinan album tersebut juga menghadapi banyak masalah dan tanpa tujuan jelas selain telah tertangguh hampir dua tahun.

Satu pengumuman rasmi juga telah dilakukan oleh pihak pengurusan The Wanted bahawa konsert jelajah ke negara Eropah kumpulan itu terpaksa dibatalkan atas alasan tertentu.

Bagaimanapun sumber memberitahu, jualan tiket yang lembap menyebabkan konsert itu dibatalkan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan