Jenazah Azean Irdawaty Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suasana semasa majlis pengebumian Allahyarham Azean Irdawaty di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Foto ROHAIZAT DARUS
Suasana semasa majlis pengebumian Allahyarham Azean Irdawaty di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Foto ROHAIZAT DARUS

PETALING JAYA: Jenazah primadona filem Melayu, Azean Irdawaty selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, pada Rabu.

Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Bandar Utama dan disembahyangkan di Masjid Kayu Ara, Damansara sebelum dikebumikan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Anak sulung Allahyarham iaitu Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 34, berkata, pesanan terakhir ibunya agar dia mendirikan rumah tangga semula.

"Arwah suruh saya berkahwin supaya ada yang akan menjaga saya kelak, dia juga mahu saya kembali semula dalam dunia lakonan.

"Ketika saya ambil keputusan untuk tidak mahu berlakon, dia orang yang paling sedih tapi saya tahu industri seni tidak memerlukan saya lagi," katanya kepada Mstar Online, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Benjy turut menyifatkan ibunya sebagai seorang wanita yang tabah terutamanya dalam melalui saat-saat getir yang dilalui keluarga mereka.

Tambahnya, dia dan keluarga reda dengan pemergian Allahyarham setelah agak lama menanggung penderitaan penyakit tersebut.

Antara artis hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Fatimah Abu Bakar, Othman Hafsham, Zulkifli Zain, Melissa Saila, dan Norlia Ghani.

Azean atau nama sebenarnya Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya.

Pelakon itu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 63, dan juga tiga anak mereka, Khaeryll Benjamin (Benjy), Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.

Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.

Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan