Artis Senior Sebar Cerita Buruk, Iqram Dinzly Kesal

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iqram Dinzly
Iqram Dinzly

PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly menyatakan perasaan kesal dengan sikap seorang artis senior yang sering bercerita buruk tentang dirinya.

Iqram, 32, berkata, artis tersebut mempertikaikan dan mendakwa bahawa dia hanya mahu mengambil kesempatan atas hubungan rapatnya dengan penyanyi So Wincci.

"Sebelum ini dia ada bercerita buruk tentang saya kepada artis lain dan yang terbaru saya dapat tahu dia cuba mempertikaikan hubungan saya dengan Soo Wincci pula.

"Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian kerana saya tidak pernah bercakap tentangnya walaupun saya banyak mengetahui cerita buruk tentang dia," katanya kepada mStar Online.

Iqram berkata, selama ini dia menghormati artis tersebut dan menganggap sebagai rakan dan orang yang lebih lama dalam industri.

Tambahnya, dia tidak mengetahui apakah tujuan sebenar artis tersebut berbuat demikian.

Dalam pada itu, Iqram turut menjelaskan hubungannya dengan artis wanita itu hanyalah sekadar kawan rapat dan tidak lebih daripada itu.

Dia juga tidak pernah mempunyai niat untuk mengambil kesempatan dalam membina sesebuah hubungan persahabatan.

"Saya sangat kagum dengan kecekalan Soo Wincci, dia seorang yang bekerja keras untuk mencapai cita-citanya.

"Kami banyak bertukar-tukar pendapat tentang kerja masing-masing dan belajar benda yang baru," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan