Pelakon Veteran Peter O'Toole Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peter O'Toole -  Gambar pada tahun 1965
Peter O'Toole - Gambar pada tahun 1965

LONDON: Pelakon Ireland iaitu Peter O'Toole, yang memenangi Oscar Epik - Lawrence of Arabia pada tahun 1962 telah meninggal dunia pada usia 81, kata wakilnya, Steve Kenis pada Ahad.

Pelakon itu meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas menderita pelbagai penyakit sejak sekian lama di Hospital Wellington London.

Anak perempuan pelakon itu, Kate O'Toole, berkata keluarganya benar-benar sedih dengan kematian tersebut.

Presiden Ireland, Michael D Higgins turut berkongsi kesedihan selepas beliau diberitahu mengenai berita itu.

"Ireland dan dunia, telah kehilangan salah satu gergasi filem dan teater, " katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Britain, David Cameron turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan O'Toole.

"Prestasi beliau dalam filem kegemaran saya, Lawrence of Arabia, adalah yang menakjubkan," katanya.

Pelawak Stephen Fry pula berkata, berita kematian berkenaan adalah satu ‘berita buruk’.

O'Toole sebelum ini pernah dicalonkan untuk lapan anugerah Pelakon Terbaik Oscar dan telah menerima anugerah kehormat pada tahun 2003. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan