Ashraf Muslim Sudah Bersedia Bergelar Bapa

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashraf Muslim
Ashraf Muslim

KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim mengakui sudah bersedia untuk bergelar bapa setelah isteri keduanya Wan Sakinah Ahmad Saburi sudah disahkan mengandung hampir lima bulan.

Ashraf, 32, berkata, dia banyak belajar dan mempersiapkan diri sebagai bapa dan ketua keluarga yang terbaik untuk kedua-dua isterinya.

"Alhamdulillah, Sakinah sudah hampir lima bulan mengandung dan keadaan dia sekarang sihat, dia tidak banyak mengalami alahan atau mengidam yang bukan-bukan.

"Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi tersebut namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan," katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Industri Muzik ke 20, di sini, Sabtu lalu.

Sementara itu, ditanya tentang hubungan antara kedua-dua isterinya, Ashraf berkata, ianya semakin baik.

Katanya, mereka bertiga sering keluar dan bersembahyang bersama-sama jika masing-masing mempunyai kelapangan.

"Semuanya baik-baik sahaja, buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga.

"Namun kalau ada kelapangan biasanya saya akan bawa mereka berdua keluar bersama-sama dan sembahyang berjemaah," katanya.

Jelasnya, apa yang penting adalah pembahagian masa yang adil buat kedua-dua isterinya agar tiada pihak yang berkecil hati.

Dalam perkembangan lain, Ashraf berkata, dia kini sibuk dengan projek landskap, pengurusan majlis dan syarikat produksi miliknya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan