Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam, Elak Cetak Rompak

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Idham memberitahu keputusannya itu sebagai usaha untuk memperjuangkan industri filem tempatan.
Ahmad Idham memberitahu keputusannya itu sebagai usaha untuk memperjuangkan industri filem tempatan.

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengambil keputusan untuk menayangkan karya terbaharunya iaitu Cinderella, hanya di pawagam sahaja bermula 19 Disember ini.

Idham berkata, ianya merupakan satu langkah drastik yang perlu diambil, bagi memperjuangkan industri filem tempatan yang kini bergelumang dengan masalah cetak rompak.

“Saya perlu mengambil langkah pencegahan, dan ini merupakan mekanisme yang diambil untuk melihat keberkesanan langkah pencegahan tersebut.

"Industri cetak rompak mengaut keuntungan lebih besar, berbanding industri perfileman kita sendiri dan kerana itu, kita harus mengambil langkah cukup drastik, untuk membendung gejala ini,” kata Idham menerusi kenyataan yang di e-melkan kepada mStar online di sini pada Khamis.

Tambah Idham, kebiasaannya, sesebuah filem yang sudah selesai ditayangkan di pawagam selepas dua atau tiga minggu, akan ditayangkan di platform lain seperti cakera padat video (DVD) mahupun siaran televisyen berbayar di mana pada ketika itu, penerbit filem mula berhadapan dengan masalah cetak rompak.

Dalam pada itu, Idham turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan kod-kod tertentu bagi setiap salinan filem yang dihantar ke pawagam dan ia boleh mengesan dari mana sumber cetak rompak berkenaan diperoleh.

Dengan kos sebanyak RM 1.5 juta, Cinderella yang akan mula ditayangkan pada 19 Disember ini, dijangka mendapat sambutan dari peminat filem genre romantik, yang akan mengulangi kejayaan filem-filem terdahulu.

Dibintangi Fizo Omar, Nelydia Senrose, Kamal Adli, Erin Malek dan ramai lagi, filem terbitan ke-11 syarikat Excellent Pictures itu akan ditayangkan di 60 pawagam seluruh Malaysia.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan