Alfarabi Band Pernah Dituduh Bawa Muzik Yahudi

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alfarabi Band
Alfarabi Band

KUALA LUMPUR: Imej dan muzik kumpulan AlFarabi Band yang berkonsepkan keislaman pernah dipertikaikan kononnya mereka menyindir agama sendiri.

Ketua kumpulan tersebut, Nazri Alias, 41, berkata, pada mulanya ada beberapa pihak yang keliru dan merasakan muzik genre 'progressive metal' amat tidak sesuai bagi tujuan berdakwah.

"Sebelum ini, ada orang pernah berkata , 'Apa ini? Atas Islam (imej serban) bawah Yahudi (gitar)'.

"Bagaimanapun selepas meminta mereka mendengar betul-betul apa yang cuba kami sampaikan barulah mereka faham di mana 'progressive metal' yang dibawakan lebih kepada penghayatan lirik kemasyarakatan Islam," katanya.

Nazri (gitaris) ditemui bersama empat anggota lain iaitu Fazrina Ghazali atau Rina, 41 (bass), Adie Wadi Ahmad, 35 (dram), Kamarul Borhan, 31 (gitar dan vokal), dan Nasaie Nawawi, 27 (vokalis), pada pelancaran album sulung mereka berjudul di Pusat Belia Antarabangsa di sini pada Khamis.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Wanita Umno Negeri Kedah yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Maznah Hamid.

Ditubuhkan pada tahun 2009, kumpulan tersebut mengangkat idola mereka tokoh ilmuwan dan ahli muzik Islam terkemuka, Al-Farabi.

Kata Nazri, mereka ingin membuktikan bahawa muzik itu luas di mana agama Islam sendiri tidak pernah mengehadkan penganutnya untuk menikmati muzik, tetapi perlulah dengan cara yang betul.

“Kami cukup teliti terutamanya dalam penyampaian lirik yang memberi motivasi dan mendidik masyarakat.

“Jika kita mahu menyampaikan mesej yang kena tepat pada sasarannya, semangat dan jiwa itu harus kuat serta keras untuk masyarakat memahami apa yang ingin disampaikan," ujarnya.

Terbaharu album World New Ethnic ini memuatkan sebanyak 10 buah lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh anggota kumpulan tersebut.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Drums of Dawn, World New Ethnic, Akta 3 Kurungan 13, Ayahku Pejuang, Amanat Perwira, Kalah Tak Semestinya Salah dan Called Of Toreeq.

Untuk keterangan lanjut tentang AlFarabi Band, layari laman web rasmi mereka di www.alfarabiband.com.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan