Cristina Suzanne Tangguh Kahwin Kerana Banjir

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cristina menjelaskan dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada Januari ini kerana masalah banjir melanda Kuantan, Pahang.
Cristina menjelaskan dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada Januari ini kerana masalah banjir melanda Kuantan, Pahang.

KUALA LUMPUR: Pelakon Cristina Suzanne terpaksa menangguhkan hari perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 22 Januari depan kerana masalah banjir yang melanda kampung halamannya di Kuantan Pahang.

Cris atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 28, berkata, penangguhan itu terpaksa dibuat kerana keadaan cuaca di negeri tersebut yang tidak menentu selain bimbang akan menyukarkan tetamu hadir ke majlis itu nanti.

"Keputusan itu terpaksa di ambil kerana masalah banjir yang sedang melanda Kuantan ketika ini selain ingin mengelak masalah lain yang mungkin kita tidak jangka," katanya kepada mStar Online.

Cristina ditemui pada majlis taklimat Festival Filem Asia Pasifik ke-56 (APFF-56) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Selasa lalu.

Pelakon filem KIL itu bakal berangkat ke Macau, China bersama 19 delegasi dari Malaysia untuk menghadiri festival itu yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Disember ini.

Dalam perkembangan sama, Cristina berkata, dia dan tunangnya bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh baharu perkahwinan mereka kerana ia masih dalam perbincangan.

"Kami masih belum memilih bila tarikh baru perkahwinan itu nanti tetapi ia tetap akan berlangsung pada tahun hadapan juga," katanya.

Sementara itu, Cristina menafikan dia mendedahkan gambar-gambarnya bersama tunang yang tersebar luas di Internet dan blog hiburan baru-baru ini.

Kata Cristina, dia tidak pernah berbuat demikian kerana begitu menjaga hal-hal berkaitan peribadinya.

"Saya seorang yang menjaga perkara mengenai perihal peribadi dan gambar-gambar itu tersebar bukan atas kehendak saya. Tetapi perkara itu telah terjadi dan saya tidak salahkan sesiapa," ujarnya.

Dalam pada itu, Cristina berkata, dia bakal membintangi sebuah drama bersiri pada awal tahun hadapan dan akan menjalani penggambaran di Sydney, Australia.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan