Karya Malaysia Tiada Dalam Senarai Festival Filem Asia Pasifik

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pansha masih berharap Malaysia akan tercalon dalam mana-mana kategori di Festival Filem Asia Pasifik ke 56 yang bakal berlangsung di Macau, China pada 13 hingga 15 Disember ini.
Pansha masih berharap Malaysia akan tercalon dalam mana-mana kategori di Festival Filem Asia Pasifik ke 56 yang bakal berlangsung di Macau, China pada 13 hingga 15 Disember ini.

AMPANG: Malaysia tidak dicalonkan dalam sebarang kategori dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-56 (APFF-56) yang bakal berlangsung di Macau, China pada 13 hingga 15 Disember ini.

Menurut laman web rasmi festival itu, hanya tiga negara dari Asean yang terpilih dalam senarai top 5 menerusi 14 anugerah yang dipertandingkan iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

Bagaimanapun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Filem Malaysia (PFM), Pansha Nalliah, pihaknya meletakkan harapan untuk lima filem tempatan yang dihantar sebagai penilaian awal dicalonkan.

"Saya tidak pasti tentang maklumat dalam laman web rasmi itu kerana pihak kami masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada pihak penganjur tentang lima pencalonan terbaik untuk festival itu.

"Bagaimanapun kami masih berharap ada filem kita yang tersangkut dalam lima yang terbaik," katanya selepas ditemui pada sidang media mengenai festival itu yang diadakan di Auditorium P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa.

Lima filem yang dihantar oleh PFM untuk dipertandingkan adalah Aku Terima Nikahnya, KIL, Juvana, Bikers Kental dan The Golden Couple.

Dalam perkembangan sama, Pansha berkata, PFM akan tetap berangkat ke Macau bagi memeriahkan festival itu meskipun tidak dicalonkan dalam apa-apa kategori.

Jelas Pansha, ia adalah sebagai sokongan kepada pihak penganjur daripada delegasi Malaysia dan berharap ketika di sana nanti pihaknya dapat mengintai peluang untuk pembangunan industri perfileman negara.

"Seramai 19 delegasi dari Malaysia akan berangkat ke Macau untuk memberi sokongan walaupun jika tidak dicalonkan.

"Ia juga baik untuk mengeratkan hubungan dengan negara-negara lain selain bertukar pandangan dan kerjasama pada masa akan datang," jelasnya.

Tambah Pansha, pelakon Cristina Suzanne dan Zahiril Adzim turut menyertai rombongan tersebut.

Sebanyak 60 buah filem daripada 23 buah negara telah mengambil bahagian di APFF 56 untuk bertanding.

Malaysia kali terakhir membawa pulang trofi pada festival itu pada tahun 2010 semasa Allahyarham Yasmin Ahmad diumumkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem Muallaf.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan