Jennifer Lawrence Luah Rasa Benci Pada Kristen Stewart

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jennifer (kiri) menganggap Kristen sebagai perosak hubungan orang lain.
Jennifer (kiri) menganggap Kristen sebagai perosak hubungan orang lain.

RAMAI yang melahirkan rasa terkejut apabila aktres Jennifer Lawrence dilaporkan membenci bekas kekasih Robert Pattinson iaitu Kristen Stewart.

Menurut laporan Showbizspy, Jennifer menganggap Kristen sebagai perosak hubungan orang lain dan bimbang wanita itu akan cuba merampas kekasihnya, Nicholas Hoult.

"Jen tidak percaya padanya (Kristen). Kerana itu Jen turut melarang Nicholas bekerjasama dengan Kristen.

"Padahal Nicholas dan Kristen akan bergandingan sebagai sepasang kekasih dalam filem Equals di mana penggambarannya akan dijalankan dalam masa terdekat ini," kata sumber.

Difahamkan, Jennifer memberi tanggapan buruk itu selepas isu skandal Kristen dengan pengarah, Rupert Sanders ketika menjalani penggambaran filem Snow White And The Hunstman tahun lalu.

Akibat skandal itu, Rupert telah bercerai dengan isterinya, Liberty Ross manakala Kristen ditinggalkan Robert.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan