Finalis ANTM 20 Mahu Kembang Kerjaya Di Asia

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri) Chris, Renne, Marvin, Jourdan dan Cory mahu mengembangkan kerjaya model mereka di negara Asia. Foto ART CHEN.
(Dari kiri) Chris, Renne, Marvin, Jourdan dan Cory mahu mengembangkan kerjaya model mereka di negara Asia. Foto ART CHEN.

KUALA LUMPUR: Lima finalis program realiti America's Next Top Model musim ke-20 (ANTM 20) berhasrat untuk mengembangkan kerjaya model mereka di Asia selepas rancangan itu tamat.

Chris Hernandez, Cory Hindorff, Jourdan Miller, Marvin Cortes dan Renee Bhagwandeen berkata, mereka melihat pasaran untuk model dari Amerika Syarikat di Asia sangat besar selain menyenangi penduduknya yang ramah dan merendah diri.

"Kami berpeluang menjalani penggambaran ANTM di Bali, Indonesia dan sangat teruja dengan keindahan Asia.

"Malaysia adalah negara kedua yang kami lawati dan jatuh cinta dengan keramahan dan kebaikan masyarakat berbilang kaum di sini.

"Kami merancang untuk mengintai peluang di Asia kerana yakin boleh mengembangkan kerjaya di rantau ini, " kata Marvin mewakili rakan-rakannya kepada mStar Online.

Mereka ditemui ketika melawat ke butik Guess dan sesi bertemu peminat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Selasa.

Lima finalis tersebut berada di Kuala Lumpur untuk meraikan kerjasama di antara jenama Guess dan America's Next Top Model yang akan diadakan di The Butter Factory di sini.

Tambah Jourdan, pasaran di Amerika Syarikat terhadap model berkulit putih dan berambut perang sangat terhad kerana persaingan tinggi dan mereka sedar tidak akan berjaya jika hanya mengharapkan pasaran di negara sendiri.

"Jika model dari Asia pergi ke Amerika mereka akan mendapat tempat kerana kelainan yang ada pada mereka dan begitu juga sebaliknya," ujarnya.

Dalam pada itu, Chris memberitahu, pengalaman memasuki pertandingan tersebut adalah paling berharga buatnya dan rakan-rakan kerana mendapat tunjuk ajar daripada supermodel terkenal, Tyra Banks.

Jelas Chris, program itu telah mengubah diri mereka yang sebelum ini ada di antaranya datang daripada keluarga miskin dan tidak mempunyai pekerjaan.

"Saya sendiri tidak pernah menyangka berpeluang melawat Malaysia dan mengenali keindahan budaya di negara ini. Pengalaman berada di ANTM benar-benar mengubah hidup kami semua," jelasnya.

Dalam pada itu, kelima-lima peserta top 5 ANTM 20 itu berpeluang menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) dari stesen Kelana Jaya menuju ke KLCC selepas ke udara di Red FM pada sebelah pagi.

Sepanjang perjalanan, mereka mengambil peluang beramah mesra dengan penumpang-penumpang LRT sebagai salah satu aktiviti Random Act of Kindness yang dianjurkan oleh Red FM.

"Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana selain berpeluang berbuat baik kepada masyarakat, kami dapat mendekati masyarakat Malaysia yang begitu ramah dan baik.

"Kedatangan kami disambut dengan meriah dan tidak sangka ramai mengenali kami di sini," kata Cory.

Random Act of Kindness Red FM adalah acara bulanan di mana penyampainya JJ dan Lil Kev akan berkongsi aktiviti yang sarat dengan mesej untuk menggalakkan amalan murni.

Turut serta dalam lawatan itu adalah penyampai radio Red FM seperti Lil Kev, Joanne Kam, Papi Zak, Mynn Lee dan Fiqrie.

Chris, Cory, Jourdan, Marvin dan Renee adalah lima finalis ANTM 20 yang buat pertama kalinya pada musim terbaharu ini menampilkan model lelaki dalam persaingan merebut gelaran juara.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan