Siti Nurhaliza Beri Sumbangan Mangsa Banjir Di Kuantan

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang.
Siti menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir telah menghulurkan bantuan di dua buah pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pahang iaitu di Sekolah Menengah Gudang Rasau dan Sekolah Kebangsaan Pandan pada Isnin.

Siti, 34, yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah menyumbangkan 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan dalam tin, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi dan syampu kepada mangsa di bencana alam berkenaan.

"Alhamdulillah perancangan untuk membantu mangsa banjir terlaksana dan berharap sumbangan kecil itu dapat meringankan beban mereka pada waktu ini.

"Biarpun keadaan sudah beransur pulih namun ramai di antara mereka yang masih belum dapat pulang ke rumah dan bantuan barangan asas amat bermakna buat mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Siti memberitahu sumbangan itu dibuat dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa dan syarikat kosmetik miliknya, SimplySiti.

Dalam pada itu Siti berkata, dia bersyukur urusan untuk memberikan bantuan berjalan lancar dengan keadaan banjir semakin pulih dengan cuaca baik.

Siti turut menyeru individu atau pun syarikat korporat terus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir supaya keadaan mereka lebih selesa dan teratur.

"Alhamdulillah cuaca amat baik pada hari ini (Isnin). Selain menghantar barang bantuan kepada mereka, saya juga sempat beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan.

Sementara itu, Siti turut memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di dua buah kawasan tersebut di laman Instagram miliknya sebaik selesai memberikan sumbangan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan