Sammy Simorangkir Berpisah Dengan Personaliti TV3 Kerana Perbezaan Agama

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sammy mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya selepas ini.
Sammy mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya selepas ini.

BEKAS vokalis kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang personaliti TV3 iaitu Nadia Annuar mendedahkan hubungan tersebut telah pun berakhir.

Menurut laporan Kapan Lagi, keputusan itu diambil kerana tidak lagi mempunyai persefahaman selain perbezaan agama di antara mereka.

"Kami kini hanya kawan biasa sahaja dan tidak lagi mempunyai hubungan cinta kerana perbezaan agama," katanya kepada media Indonesia ketika ditemui Jumaat lalu.

Sammy menjelaskan buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kariernya dan enggan meletakkan sebarang harapan terhadap hubungan cinta.

"Saya bakal muncul dengan album terbaharu dan itu menjadi fokus saya dan bukannya soal cinta," katanya.

Ditanya mengenai calon isteri yang sesuai, Sammy berkata, dia ingin mencari wanita yang seagama dengannya kerana lebih mudah.

"Saya belajar daripada pengalaman lalu dan sebolehnya biarlah calon isteri saya nanti yang seagama dengan saya," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan