Harun Salim Bachik Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Seniman

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Harun nekad untuk tidak lagi menjadi ahli Seniman.
Harun nekad untuk tidak lagi menjadi ahli Seniman.

PETALING JAYA: Pelakon Harun Salim Bachik tidak mahu lagi menjadi ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan menegaskan enggan dikaitkan dengan persatuan itu.

Harun berkata, dia berasa kecewa dengan kepimpinan Seniman sedia ada yang tidak pernah tampil membantunya dan rakan-rakan ketika nama mereka diheret oleh lima artis veteran ke mahkamah.

"Sepatutnya mereka menjadi tempat kami bergantung apabila timbul kes sedemikian namun tiada yang datang membantu walaupun kedudukan saya sebelum ini sebagai presiden.

"Selepas melepaskan jawatan saya sudah tidak mahu campur urusan pengurusan Seniman namun apabila timbul kes mahkamah yang turut melibatkan nama saya, saya nekad untuk tidak lagi menjadi ahli persatuan itu selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, Kompleks Studio Merdeka di sini, adalah tidak sah.

Mahkamah memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Harun, Omar Kamarudin dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

Beliau juga memerintahkan defendan membayar kos RM60,000 kepada kesemua plaintif.

Harun berkata, dia redha dengan keputusan mahkamah dan sedia untuk membayar ganti rugi yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Jelas Harun, dia tidak berhasrat untuk membersihkan namanya walaupun tidak bersalah kerana yakin kebenaran akan muncul dengan sendiri suatu hari nanti.

"Saya akan bayar bahagian saya iaitu sebanyak RM30,000 kepada Seniman namun saya tidak halalkan duit hasil titik peluh saya bekerja itu kepada mereka.

"Tiada keperluan juga untuk saya bersihkan nama yang telah tercalar kerana ia tindakan buang masa dan yakin kebenaran akan muncul nanti," katanya.

Bagaimanapun kata Harun, dia bersyukur kerana rakan-rakan banyak menyokongnya walaupun namanya telah tercalar akibat kes berkenaan.

"Alhamdulillah rezeki berlakon masih banyak walaupun nama dah tercalar kerana rakan-rakan yang rapat dengan saya tahu situasi sebenar," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Harun bagaimanapun tidak menafikan kepimpinan Zed Zaidi berjaya membawa Seniman ke tahap yang lebih baik.

"Menerusi kepimpinan Zed kita dapat lihat pelbagai pembaharuan dan aktiviti yang dijalankannnya sehingga membawa Seniman ke tahap lebih baik," jelasnya.

Pada 25 Januari lepas lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan mesyuarat agung (AGM) ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan