The Jespers Yakin Lagu 'Bangkit' Tarik Peminat

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

The Jespers
The Jespers

PETALING JAYA: Kumpulan baharu, The Jespers, mempertaruhkan lagu single pertama berjudul Bangkit sebagai perkenalan diri kepada industri muzik tempatan.

Anggota The Jespers yang juga merupakan pencipta lagu tersebut, Nash berkata, lagu yang berkonsepkan irama 'punk rock' itu amat terbuka didengarkan kepada semua golongan dan pasti menjadi kegilaan peminat-peminat muzik di tanah air.

"Bangkit berkisarkan tentang keadaan sukar di dalam kehidupan sesuatu individu, bangkit daripada putus asa dan meneruskan kehidupan serta membuktikan kepada umum bahawa diri anda adalah yang terbaik.

“Kami yakin lagu Bangkit mampu menarik minat peminat muzik tanah air khasnya kepada peminat muzik bergenre punk rock dengan intipati lagu tersebut serta iramanya yang tersendiri," katanya.

Selain Nash (vokalis dan gitaris), The Jespers yang ditubuhkan pada tahun 2009 dianggotai oleh Muiz (pemain bass) dan Peakay (pemain drum).

Tambah Nash, The Jespers berharap mendapat sokongan sepenuhnya dari semua yang terlibat di dalam industri muzik tanah air.

Dalam pada itu, The Jespers turut dalam perancangan menghasilkan klip video Bangkit pada bulan ini dan ia dijangka akan dilancarkan menerusi laman sosial YouTube pada bulan Januari 2014.

Selain itu, the Jespers kini sedang dalam rangka promosi dengan kerjasama Stereoactive.

Terdahulu, kumpukan yang berkonsepkan irama punk rock itu pernah memiliki album EP berjudul First Day of The Class.

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan The Jespers, layari laman sosial kumpulan itu di Facebook di https://www.facebook.com/thejespers, Twitter di https://twitter.com/thejespersband, dan Instagram di http://instagram.com/thejespers .

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan