Tiada Lawak Basi Dalam 'Lawak Ke Der 3'

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Harith Iskander
Harith Iskander

KUALA LUMPUR: Persembahan 'stand-up comedy' dalam Lawak Ke Der 3 yang dipentaskan buat kali ketiga berjaya menghiburkan penonton yang menyaksikan persembahan tersebut di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini.

Pengarah pementasan itu, Hans Isaac, berkata, formula yang digunakan kali ini dilihat menjadi apabila gabungan pelawak-pelawak yang dipilih dapat memberi persembahan terbaik.

"Setiap mereka ada karakter tersendiri dan mampu menyampaikan persembahan dengan cara masing-masing.

"Daripada awal lagi sudah saya ingatkan supaya tidak membawa lawak yang sudah digunakan di atas pentas ini," katanya ketika ditemui selepas selesai persembahan Lawak Ke Der 3, di Istana Budaya, pada malam Rabu.

Teater Lawak Ke Der3 mula dipentaskan pada Khamis lalu hingga Ahad ini yang dibarisi pelawak terkenal seperti Harith Iskander, Nabil Ahmad, Douglas Lim dan kumpulan Jambu (Yus dan Taukey).

Dalam pada itu, Hans berkata beberapa kelemahan yang dilihat pada malam pertama terutamanya daripada segi penggunaan masa akan diperbaiki pada malam seterusnya.

Tambahnya lagi, beberapa lawak yang dikenal pasti kurang menjadi juga tidak akan diulangi pada malam-malam yang lain.

Persembahan yang bermula pada pukul 9 malam itu dibuka dengan celoteh dan nyanyian lagu Havoc dan What Did The Fox Say daripada Nabil yang turut bertindak sebagai pengacara.

Pada pementasan kali ini Nabil banyak membawa penonton kepada lawak yang dekat dengan audiens seperti kehidupan alam rumah tangganya dan program kegemaran ketika zaman kanak-kanak dan perihal masyarakat kota.

Kemunculan Jambu pula dengan sketsa bermain catur turut mencuit hati penonton, biarpun kurang berdialog namun lawak yang cuba disampaikan mampu diterima.

Sementara itu, kemunculan Douglas Lim pula mendapat perhatian penonton yang tidak henti-henti ketawa dan bertepuk tangan.

Douglas yang jarang kelihatan di televisyen dilihat tampil dengan memberikan lawak-lawak segar dengan cara penyampaian yang mudah difahami.

Lawak yang berkisarkan tentang senario semasa seperti Ubat Kuat, Ahlong, Polis, Ahli Politik dan populariti Awie memecahkan suasana dewan dengan gelak tawa penonton.

Kemunculan pelawak utama Harith Iskander yang ditunggu-tunggu turut berjaya mencuit hati dengan lawak zaman persekolahannya.

Tiket menyaksikan Lawak Ke Der 3 dijual pada harga RM46, RM96, RM176, RM196 dan RM356. Ia boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.ticket2u.biz atau boleh didapati di kaunter Box Office, Istana Budaya.

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan