Pelakon Baharu Dikatakan 'Kembar' Johan As'ari

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amirul tidak melihat persamaan wajahnya dengan pelakon Johan As'ari sebagai satu masalah besar.
Amirul tidak melihat persamaan wajahnya dengan pelakon Johan As'ari sebagai satu masalah besar.

PETALING JAYA: Pelakon baharu Amirul Ariff mengakui ramai pihak menyangka dia 'kembar' kepada Johan As'ari ekoran iras wajah mereka yang mempunyai persamaan.

Amirul, 25, berkata, dia bagaimanapun tidak kisah dengan sangkaan itu kerana menganggap masyarakat mula menyedari kehadirannya di dalam industri hiburan sebagai pelakon.

"Sebelum ini ramai yang menegur dan bertanya adakah saya Johan atau mempunyai hubungan saudara dengannya dan saya tidak melihat ia sebagai satu masalah besar.

"Mungkin ada hikmah wajah kami seakan-akan sama tambahan pula saya adalah pendatang baru dalam bidang lakonan," katanya kepada mStar Online.

Pun begitu kata Amirul, dia berharap namanya dikenali bukan kerana persamaan tersebut sahaja sebaliknya mahu diterima kerana bakat.

Amirul membuat penampilan pertamanya dalam filem Kolumpo dengan memegang watak utama dalam karya yang diarahkan oleh tiga pengarah iaitu Bront Palarae, Syed Munasar dan Rozi Izma.

Dalam perkembangan sama, Amirul berkata, dia tidak menyangka diberi kepercayaan oleh salah seorang pengarah filem berkenaan iaitu Syed Munasar untuk memegang watak utama.

Jelas Amirul, walaupun gementar namun dia menyahut cabaran tersebut yang dianggap berharga buatnya.

"Selain watak utama saya juga dapat bergandingan dengan Sharifah Amani dan beberapa pelakon hebat lain dan ia adalah pengalaman berharga," katanya.

Sementara itu, Amirul berkata, walaupun penglibatannya dalam bidang lakonan berlaku secara tidak sengaja namun dia berhasrat untuk meneruskan karier sebagai pelakon selepas ini.

Sebagai pendatang baharu, dia juga telah bersedia untuk menghadapi asam garam dunia hiburan selain menerima kritikan terhadap lakonan pertamanya itu.

"Bidang perfileman sebenarnya bukan asing bagi saya kerana sebelum ini saya bekerja di belakang tabir dan pernah terlibat dalam banyak projek jadi saya tidak kekok apabila berada di set.

"Menerusi peluang ini juga saya ingin membuka ruang untuk diri sendiri mencuba cabang lain dalam bidang perfileman dan lakonan adalah salah satu daripadanya," jelasnya.

Tambah bekas graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam bidang perfileman ini, dia tidak merancang untuk meninggalkan kerjayanya sebagai focus puller kerana itu adalah minat utamanya.

"Banyak perkara yang kita boleh belajar jika duduk di belakang kamera dan mana tahu pada masa hadapan saya mampu mengarahkan drama atau filem saya sendiri," katanya.

Kolumpo menemui penonton di pawagam bermula Khamis (hari ini). Ia turut dilakonkan oleh Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Nell Ng, Farid Kamil dan Dira Abu Zahar.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan