Kebolehan Seni Silat Beri Peluang Pada Amirul

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amirul mengakui seni pertahan diri menjadi kelebihannya mencari tapak dalam industri lakonan.
Amirul mengakui seni pertahan diri menjadi kelebihannya mencari tapak dalam industri lakonan.

PETALING JAYA: Pelakon baharu Ku Mohd Amirul mengakui kebolehannya dalam seni mempertahankan diri memberi kelebihan untuk dia menceburi bidang lakonan sehingga terpilih untuk membintangi watak utama dalam drama Vektor58.

Amirul atau nama sebenar Ku Mohd Amirul Ku Amir, 24, berkata, dia mula terlibat secara aktif dalam seni silat dan tekwando sejak di bangku sekolah selain menyertai pelbagai pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan.

"Sejak sekolah lagi saya aktif dengan silat dan tekwando dan banyak mewakili sekolah, jadi bila ada uji bakat untuk berlakon watak-watak aksi saya cuba nasib dan tidak sangka dipilih memegang watak utama.

"Banyak adegan yang melibatkan aksi pertarungan dalam drama ini yang saya lakonkan sendiri, biarpun ada kecederaan ketika penggambaran namun saya berpuas hati dengan hasilnya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Amirul, pertama kali berhadapan dengan kamera merupakan detik yang sangat sukar baginya membuang perasaan malu.

Dia banyak meminta pandangan dengan pelakon lain untuk melakonkan babak-babak yang sukar terutamanya melibatkan perasaan.

Bagaimanapun, Amirul berkata, pengalaman tersebut membakar semangatnya untuk terus terlibat dalam industri lakonan tanah air sebagai pendatang baharu.

"Saya minat bidang lakonan sejak di bangku sekolah dan banyak terlibat dengan persembahan pentas. Peluang berlakon yang diberikan ini tidak disia-siakan," katanya.

Selain Amirul, drama Vektor 58 turut dibintangi oleh Norman Hakim, Fazlina Ahmad Dauh, Ain Satar, Nor Intan Baizura dan Jefri Jefrizal.

Drama ini akan disiarkan setiap Sabtu, pukul 5.30 petang bermula 14 Disember ini di TV9.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan