Filem 'Papadom' Berjaya Tarik Minat Andy Lau

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Afdlin teruja apabila syarikat produksi milik pelakon terkenal, Andy Lau berminat untuk menerbitkan filem Papadom dalam bahasa Cina.
Afdlin teruja apabila syarikat produksi milik pelakon terkenal, Andy Lau berminat untuk menerbitkan filem Papadom dalam bahasa Cina.

PETALING JAYA: Sebuah syarikat produksi milik aktor terkenal Hong Kong, Andy Lau berminat untuk menghasilkan filem Papadom yang telah menemui penonton pada 2009 dalam versi bahasa Cina.

Pengarahnya, Afdlin Shauki berkata, hasrat itu timbul selepas wakil daripada syarikat berkenaan menonton filem berkenaan dan menyukai jalan cerita yang ditampilkan.

"Pada asalnya mereka ingin menghasilkan sebuah filem baharu tetapi selepas kami menayangkan Papadom 1 itu, mereka terus berminat untuk membikin karya tersebut dalam bahasa Cina," katanya kepada mStar Online.

Afdlin ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Papadom 2 di Cathay @eCurve di sini malam Rabu.

Papadom 2 yang bakal ditayangkan pada 12 Disember ini membariskan pelakon seperti Liyana Jasmay, Khir Rahman, Hans Isaac, Johan (Raja Lawak), Vanidah Imran, Scha Al-Yahya, Riezman Khuzaimi dan Pete Teo.

Dalam perkembangan sama, Afdlin berkata, perbincangan tersebut hanya secara lisan dan masih belum ada sebarang perjanjian dibuat di antara kedua-dua belah pihak.

"Saya dan pihak penerbit iaitu Astro Shaw sudah mengadakan perbincangan secara lisan dengan wakil daripada syarikat produksi tersebut namun masih belum ada hitam putih mengenainya.

"Ini kerana pihak mereka perlu berbincang dengan lebih lanjut dengan Andy kerana dia akan membuat keputusan akhir," katanya yang juga pernah menghasilkan filem dalam versi bahasa Tamil berjudul Appalam.

Jelasnya lagi, jika perancangan itu terjadi, pihaknya akan membuat beberapa rombakan supaya ia sesuai dengan masyarakat Cina.

Dalam pada itu, mengulas mengenai karya terbaharunya, Papadom 2, Afdlin berkata, sekuel tersebut dihasilkan selepas menyedari pembikin filem di negara ini jarang mengangkat tema tentang kekeluargaan serta nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Jelasnya menerusi Papadom 2, dia banyak menyelitkan mesej positif bagi mengingatkan penonton tentang kepentingan ibu bapa dan keluarga.

"Saya harap selepas menonton filem ini penonton akan mengimbas kembali hubungan mereka dengan ibu bapa, keluarga atau pun rakan-rakan kerana kadang-kala kita terlupa tentang mereka yang sentiasa berada di sisi kita," ujarnya.

Sementara itu, Afdlin mengakui dia sengaja menyindir beberapa perkara tentang industri perfileman tanah air dalam karyanya itu kerana merasakan corak bidang tersebut perlu berubah.

Kata Afdlin, dia tidak kisah jika ada mana-mana pihak yang terluka hati dengan sindiran tersebut kerana apa yang dipaparkan adalah benar.

"Biar mereka marah kerana itu akan membuka mata banyak pihak supaya sedar industri ini memang banyak masalah," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan