'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' Ungguli ASK 2013

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosyam gembira apabila drama terbitannya iaitu Mawar Putih Tanda Perpisahan merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2013.
Rosyam gembira apabila drama terbitannya iaitu Mawar Putih Tanda Perpisahan merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2013.

SHAH ALAM: Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Mawar Putih Tanda Perpisahan diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini pada malam Jumaat.

Diterajui oleh pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Nad Zainal dan Ruminah Sidek, karya arahan Bade Azmi itu menewaskan drama lain seperti Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Neraka Abah dan Fatihah Untuk Abah.

Drama tersebut turut menggondol dua lagi anugerah iaitu Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik.

Bagi Pengarah Terbaik, Erma Fatima menewaskan suaminya menerusi arahan cemerlang dalam drama berjudul Aku Bukan Malaikat.

Manakala adik kepada Erma, aktres terkenal, Datin Umie Aida pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama tersebut dan aktor Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman) pula memenangi bagi kategori lelaki.

Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Faizal Hussien, Nora Danish, Sharifah Amani dan Nad Zainal.

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Hasnol Rahmat menerusi lakonan cemerlangnya dalam Tunggu Sekejap .

Manakala Izreen Azminda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon hebat lain seperti Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Liza Abdullah.

ASK 2013 turut menganugerahkan pelakon drama Kawan, Shasha Al Khred sebagai penerima Anugerah Artis Harapan Pantene.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Grand Brilliance berjudul KIL arahan Nik Amir Mustapha yang dibintangi oleh Cristina Suzanne dan Redza Minhat.

Nik Amir turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Filem dan anugerah Lakon Layar Terbaik Filem.

Lakonan berkesan Cristina dalam KIL telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Manakala Shaheizy Sam mengulangi sejarah apabila merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM.

Pada ASK 2012, Sam memenangi kategori sama hasil lakonan mantapnya dalam filem Songlap.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dimenangi oleh Khir Rahman (Rock Oo) dan Miera Liyana ( Pecah).

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2013 pada tahun ini mengangkat tema 'Kaca' dan siaran langsung itu dihoskan oleh Awal Ashaari, Nad Zainal dan Faizal Ismail.

Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Rahim.

Rohani turut menyampaikan dua anugerah ASK 2013 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Surat Dari Langit Biru dan Drama Terbaik.

Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, Wan Zaleha Radzi, Nubhan, Nora Danish, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Emma Maembong sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh penyanyi seperti Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Hafiz dan Adira.

Secara keseluruhan, ASK 2013 mempertandingkan sebanyak 30 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2013.

KATOGERI DRAMA

1. DRAMA TERBAIK

Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA

Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman

3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA

Datin Umie Aida - Aku Bukan Malaikat

4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA

Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap

5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA

Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku

6. PENGARAH DRAMA TERBAIK

Erma Fatima - Aku Bukan Malaikat

7. ARTIS HARAPAN PANTENE

Shasha Al Khred - Kawan

8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK

Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd

9. DRAMA KOMEDI TERBAIK

Mentua VS Menantu – Primeworks Studios

KATEGORI FILEM

10. FILEM TERBAIK

KIL – Grand Brilliance

11. PENGARAH TERBAIK FILEM

Nik Amir Mustapha - KIL

12. PELAKON WANITA TERBAIK

Cristina Suzanne - KIL

13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM

Shaheizy Sam - SAM

14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM

Miera Liyana – Pecah

15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM

Khir Rahma – Rock OO

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK

Salam Muslim (ASTRO OASIS)

17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK

Bella (Ntv7)

18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)

19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK

Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)

20. RANCANGAN REALITI TERBAIK

Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK

Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan