Zayn Malik (One Direction) Usaha Pikat Hati Tunang

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zayn Malik
Zayn Malik

PENYANYI One Direction iaitu Zayn Malik yang sudah bertunang dengan Perrie Edward dan menjalinkan hubungan hampir setahun lalu mengakui masih lagi berusaha memikat hati wanita tersebut.

Ahli kumpulan popular One Direction ini berkata, sebagai kekasih dia mahu tunangnya itu berasa bangga apabila memilihnya sebagai pasangan.

"Saya sentiasa mencuba untuk memikat hati dia, bagi saya ia adalah satu latihan.

"Saya tidak mahu berasa selesa dengan hubungan kami sekarang," ujarnya seperti dipetik eonline.com.

Pasangan ini masih belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan