Teater Kesaktian Anak Raja Gondang Tampil Kelainan

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosnan yang memegang watak sebagai Pak Yong telah memberikan persembahan yang cukup baik pada pementasan Mak Yong Kesaktikan Anak Raja Gondang.
Rosnan yang memegang watak sebagai Pak Yong telah memberikan persembahan yang cukup baik pada pementasan Mak Yong Kesaktikan Anak Raja Gondang.

KUALA LUMPUR: Persembahan Mak Yong Kesaktian Anak Raja Gondang menampilkan keunikan selain mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menghiburkan penonton dalam pementasannya yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, Khamis.

Pentas panggung yang dibuka dengan tarian Rebab tepat pukul 9 malam selama 20 minit oleh Rosnan Rahman yang memainkan watak sebagai Pak Yong.

Kemudian diikuti dengan kemunculan peran muda yang dilakonkan oleh Sabri Yunus mengamatkan suasana pentas dengan lawak jenakanya.

Kemunculan pelakon Vanida Imran dan Datin Sofia Jane sebagai Puteri Bongsu dan Puteri Sulong turut menarik penonton untuk teruskan menghayati Mak Yong ini hingga ke penghujung.

Sementara itu, Pengarahnya, Fatimah Abdullah berkata, secara keseluruhan persembahan pada malam pratonton ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh semua pelakon pada malam ini.

"Segala latihan yang dilakukan selama tiga minggu lebih dipraktikkan dengan baik oleh kesemua pelakon," katanya pada sidang media selepas pratonton media diadakan.

Bagaimanapun, katanya beberapa babak akan diperkemaskan dan dipotong agar ia tidak melebihi masa dua jam.

"Kita lihat tadi semuanya baik hanya beberapa babak sahaja yang agak panjang kerana penambahan adlib yang dilakukan oleh pelakon.

"Kalau boleh kita mahu masa persembahan berjalan seperti dirancang iaitu lebih kurang dua jam," katanya.

Dalam pada itu, jalan cerita yang berkisarkan tentang Anak Raja Gondang yang dipetik daripada naskah Batak Raja Gondang ini dilihat bukan sekadar berhibur malah memberi banyak pengajaran yang tersirat.

Namun, penggunaan bahasa dengan dialek Kelantan agak menyukarkan penonton yang tidak memahami bahasa negeri tersebut.

Pihak produksi seharusnya menyediakan sari kata dalam bahasa Melayu atau Inggeris agar mudah difahami penonton luar.

Secara keseluruhan persembahan adalah lancar dan menghiburkan. Mak Yong ini turut memberi kelainan kepada penonton khususnya peminat teater yang seringkali dihidangkan dengan teater berkonsep muzikal.

Teater ini membariskan pelakon terkenal tanah air yang terdiri daripada Rosnan Rahman, Vanida Imran, Datin Sofea Jane, Sabri Yunus dan Isey Fazlisham.

Pementasan bermula pada 29 November hingga 1 Disember ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan