'Fizz Fairuz Tarik Diri, Bukan Kami Singkir' - TV3

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fizz Fairuz
Fizz Fairuz

PETALING JAYA: TV3 menepis dakwaan stesen televisyen itu telah menyingkirkan pelakon Fizz Fairuz dalam Liga Lawak Superstar sebaliknya pelakon itu yang memohon untuk menarik diri.

TV3 dalam satu kenyataan yang di e-mel kepada mStar Online pada Khamis berkata, Fizz berbuat demikian kerana dia tidak dapat memberi komitmen sepenuh masa kepada program tersebut.

"Semasa pihak kami memberi tawaran kepada Fizz untuk menyertai LLS, segala informasi mengenai program termasuklah tarikh jadual program telah diterangkan oleh pihak produksi kepadanya dengan jelas.

"Jadi, apabila dia bersetuju menjadi salah seorang peserta LLS, pihak kami menganggap beliau sudah bersedia memberi 100 peratus komitmen terhadap program ini daripada mula sehingga berakhirnya LLS musim pertama," kata kenyataan media tersebut.

Pada siaran langsung LLS Ahad lalu, pihak TV3 mengumumkan Fizz yang merupakan ahli kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) bersama dengan Kamal Adli dan Didie Alias telah menarik diri daripada menyertai program tersebut kerana mempunyai masalah tertentu.

Bagaimanapun pada hari sama, Fizz mengeluarkan status di Twitter miliknya mengatakan dia sebenarnya disingkirkan oleh pihak stesen televisyen itu.

mStar Online pada Khamis kemudian melaporkan Kamal terkilan apabila mendapati tindakan Fizz itu disebabkan dia mahu ke United Kingdom bersama syarikat mutiara, Rafflesia bagi menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) pada 24 November lalu.

Turut menyertai rombongan itu ialah Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly.

Sementara itu, menurut kenyataan TV3, menurut perjanjiannya jika salah seorang peserta dalam sesebuah kumpulan tidak dapat memberi komitmen pada jadual yang diberikan, kesemua ahli kumpulan hendaklah menarik diri daripada program tersebut.

Bagaimanapun dalam kes ini pihak TV3 boleh bertolak ansur dengan memberi peluang kepada Didie dan Kamal meneruskan perjuangan dengan mencari ahli baharu menggantikan Fizz dan mereka memilih Syafiq Kyle.

"Untuk bersikap adil, pihak kami memberi peluang kepada Didie dan Kamal untuk meneruskan perjuangan mereka dan turut diberi pilihan sama ada mereka mahu terus kekal berdua atau mereka boleh memilih ahli baru daripada kalangan peserta yang sudah tersingkir awal.

"Selepas membuat perbincangan, Didie dan Kamal membuat keputusan untuk mengambil Syafiq Kyle sebagai pengganti kerana merasakan pelakon itu mempunyai potensi dalam membantu kumpulan AKT meneruskan pertandingan hingga ke peringkat akhir," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan