Gosip Suami Bertatu Tidak Jejaskan Rumah Tangga Nadiya Nisaa - Berita Hiburan | mStar

Gosip Suami Bertatu Tidak Jejaskan Rumah Tangga Nadiya Nisaa

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadiya lebih selesa bercakap mengenai soal kerjaya berbanding peribadi.
Nadiya lebih selesa bercakap mengenai soal kerjaya berbanding peribadi.

PETALING JAYA: Pelakon Nadiya Nissa memberitahu gosip mengenai suaminya yang dikatakan mempunyai tatu langsung tidak menjejaskan rumah tangga mereka.

Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa, 28, bagaimanapun berharap isu berkenaan tidak berpanjangan kerana suaminya tidak ada kena mengena dengan dunianya sebagai seorang selebriti.

"Gosip sebegini tidak memberi kesan kepada hubungan kami kerana dia faham dengan situasi saya sebagai artis namun apa yang saya bimbangkan kerana isu tersebut akan timbul cerita lain selepas ini.

"Saya berharap cerita tersebut berpanjangan selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Nadiya berkata, dia enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut bagi pihak suaminya kerana perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai gambar tersebut kerana banyak hati yang perlu saya jaga apabila isu tersebut ditimbulkan.

"Tambahan pula suami saya bukan pelakon dan dia tidak terlibat dalam dunia seni jadi tidak perlu saya mengulas mengenai gosip itu," katanya.

Sementara itu, Nadiya berkata, dia berharap masyarakat akan memberi perhatian terhadap kerjaya seninya berbanding kehidupan peribadinya.

Dalam perkembangan lain, Nadiya yang popular menerusi drama bersiri Adam dan Hawa berkata, dia kini sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan